2 Jam Berayun Sebagai Spider-Man Dari Insomniac Games – Pengalaman Dia Memang Best!

By Hazril Md Nor | August 3, 2018

Peminat Marvel semua, korang dah bersedia?

Spider-Man dari Insomniac Games adalah keluaran terbaru yang akan datang September ini. Nak hayun dari bangunan ke bangunan? Nak rasa keindahan dunia open-world? Nak tahu macam mana kehidupan personal Peter Parker?

Hah, ikuti hands on penulis dalam demo tertutup selama 2 jam ni!

Main punya main, teka apa ciri yang paling penulis sukakan? Semestinya identiti Spider-Man itu sendiri iaitu kebolehannya untuk hayun dari bangunan ke bangunan, kali ini lebih lancar dan tak terasa susah. Tak lupa jugak pada kombatnya. Fuhh lancar dan bertenaga!

PEMBUKAAN PLOT

Dari opening cinematic sehinggalah babak pertama permainan video ini, penulis sentiasa tersentak dengan keindahan bandaraya Manhattan.

Permulaannya menyaksikan Peter Parker, 23 tahun (yang dah 8 tahun bekerja secara sambilan sebagai superhero) melompat dari tingkap apartmentnya dan terus bertukar menjadi adi wira yang kita kenal selama ini.

Dalam babak ini, penulis mencuba untuk berayun menggunakan beberapa tembakan sarang. Ketika di udara, sebenarnya boleh speed up untuk lajukan lagi pergerakan.

Spider-Man juga boleh berlari dengan laju ketika ‘memanjat’ bangunan dari sudut vertikal. Untuk mahir dalam pergerakan asas ni sebenarnya makan masa juga kerana penulis perlu timing dengan betul.

Kalau nak berayun lebih lancar, boleh saja berlari hingga ke rooftop dan terus berayun dari situ. Dalam game ini juga, korang perlu berhati-hati untuk swing kerana kalau tersilap sasar, boleh jatuh ke tanah.

PERTEMPURAN AKROBATIK

Dalam misi pertama untuk menewaskan Fisk, di sini Spider-Man menunjukkan sisinya yang matang untuk bekerjasama dengan polis.

Dalam perlawanan bersama geng-geng Fisk, boleh dikatakan kombatnya penuh dengan elemen akrobatik (lebih kurang sama dengan Batman Arkham).

Penulis boleh melompat ke satu sudut, timing untuk web shot ke arah musuh, menarik objek lain untuk menghempap musuh ataupun menarik musuh ke arah penulis.

Dari segi AI, ia nyata tak mengecewakan. Geng penjahat ini walaupun mudah dikalahkan, mereka agak bijak untuk menjatuhkan Spidey. Penulis sentiasa berhati-hati dengan tembakan. Walaupun ada Spider Sense, tapi musuh yang ramai membuatkan penulis kadang-kadang terkena juga tembakan.

Tapi ada baiknya apabila land combo yang berkesan, penulis boleh menambah balik nyawa (heal) untuk terus kekal dalam perlawanan.

MISI SAMPINGAN

Dalam dunia open world yang besar ni (mengingatkan penulis pada Prototype, Assasin’s Creed dan Infamous: Second Son), misi sampingan boleh buatkan korang fokus pada cabaran lain.

Penulis ditugaskan mencari special radios untuk aktifkan misi sampingan. Ini juga membolehkan penulis mengetahui jenayah yang berlaku berdekatan. Sama ada untuk berhenti menyelamatkan ‘awek lawa’, berayun mengejar kereta atau menghentikan samun, ia boleh menjadi cabaran berlainan sentiasa.

Tapi macam mana pun, elemen perulangan boleh dirasai. Penulis juga perasan, ada collectibles iaitu backpack Peter Parker yang tersorok di lokasi tertentu.

Penulis sentiasa mencari misi sampingan dan backpack untuk mendapatkan toket bagi menaik taraf kelengkapan dan unlock Spider-Suits yang baru yang diinspirasikan dari komik Spider-Man juga sebenarnya.

DIARI PETER PARKER

Kenapa diari? Penulis nak korang tau yang Spider-Man bukan saja sibuk untuk hentikan jenayah tapi korang juga boleh main sebagai Peter Parker yang bekerja di sebuah makmal!

Ya, dalam makmal ni korang tiada superpower tapi boleh menyelesaikan beberapa eksperimen untuk tambahkan EXP.

Dalam satu scene, penulis perlu sambungkan component part untuk mengalirkan current. Ada beberapa cabaran yang boleh dicuba apabila korang makin jauh dalam permainan.

Kelainan ini bagus sebab penulis sendiri boleh faham sisi hidup lain Peter Parker selain sibuk bertarung menyelamatkan Manhattan.

Community Director Insomniac Games, James Stevenson juga ada bagi hint tentang Mary Jane. Katanya kekasih hati Spidey ini boleh dimainkan dalam babak-babak tertentu.

Pastinya kehadiran Mary Jane akan membawa lebih banyak keseronokan sebagai wartawan penyiasatan. At least kita boleh tahu cerita Spider-Man dari sudut berlainan nanti. Tak sabar!

BELI KE ATAU MACAM MANA?

Bagi penulis, masa 2 jam tak cukup untuk gambarkan keseronokan mencuba permainan ini. Open World begitu luas rasa macam tak sempat untuk explore semua side mission. Apa pun tunggulah bila permainan ini dilancarkan nanti.

Akan ada reviu penuh dari team MyGameOn untuk rujukan korang semua! Setakat ini, penulis rasa korang boleh terus berharap kerana Insomniac Games memang cemerlang dengan formula terbarunya kali ini.