20th Century Fox Mengacah Permainan Video Alien Yang Baru

By Hazril Md Nor | January 7, 2019

Masih ingat Alien: Isolation?

Nampaknya pengembaraan Amanda Ripley ini akan kembali lagi dalam sambungan seterusnya.

Twit rasmi dari akaun Twitter Alien mengacah kisah Ripley sepatutnya diberitahu dan mengisahkan karakter itu sebagai “Anak Perempuan. Pemberontak. Hero”. Walaupun hanya 14 saat tapi ia juga didatangkan dengan mesej “Baca. Tonton. Main” dan nampak kelibat Ripley mungkin dalam permainan baru itu.

Jom tengok dekat bawah.

Mungkin ini bermakna mereka akan melancarkan kisah yang sama tapi dalam media berlainan. Sama ada komik (mungkin?), buku, permainan video dan filem. Sama seperti penggunaan media berlainan yang berkait rapat antara satu lain macam Black Mirror.

Pada November, 20th Century Fox mendapat hak milik untuk permainan video berjudul Alien: Blackout jadi mungkin projek ini ada berkait dengannya dan francais ini akan menyambut ulangtahun ke-40 pada 2019.

Sumber: Eurogamer