24 Jam Bersama Dragon Nest M – SEA, Sama Saja Seronoknya Macam Di PC!

By Hazril Md Nor | April 25, 2018

Baru saja beberapa hari Dragon Nest M – SEA dilancarkan di rantau Asia Tenggara dan semua dah gatal tangan nak download game ni ke dalam telefon pintar mereka. Bukan apa, Dragon Nest pernah jadi fenomena di Malaysia tak lama dulu dan sangat popular di kafe siber sehinggakan ia dijadikan game wajib dimainkan di PC.

Sekarang, lihatlah Dragon Nest M – SEA dah pun menduduki tangga keempat di AppStore, satu pencapaian luar biasa bagi permainan di PC yang diportkan ke peranti pintar. Boleh nampak begitu ramai yang menanti versi ini di iOS dan Android kerana desas desus sebelum ini.

Hanya beberapa hari dikeluarkan, ia berjaya meraih kedudukan keempat di AppStore, melepasi kedudukan Mobile Legends.

Dalam artikel ini, penulis akan kongsi dengan korang semua pengalaman bermain Dragon Nest M – SEA dalam masa 1 hari percubaan.

1. Nest dan Boss Battle Yang Epik

Ini adalah Cerberus Nest, antara Nest yang terawal dalam permainan mudah alih ni. Korang perlu melepasi beberapa bodyguardnya terlebih dahulu. Penulis party maksimum 4 orang untuk menewaskannya dengan lebih cepat. Yang paling best, loot yang penulis dapat tu boleh dijual balik untuk mendapatkan Dragon Coins. Tapi penulis mengumpulnya dulu untuk craft set Cerberus yang lagi power

Sebanyak 2 kali percubaan diberikan untuk Nest ini tapi yang ketiga kalinya boleh dibeli menggunakan Dragon Coins. Kalau korang taktau energy banyak-banyak tu nak spend untuk apa, haa apa lagi party lah dengan member-member dan bantai Nest ni sama-sama!

2. Daily Quest Yang Pelbagai

Ini adalah tab Daily di kanan skrin. Di sini, ada banyak event dan bagi penulis, semuanya menarik. Daily Quest memberikan korang ganjaran khas untuk dapatkan item tertentu. Biasanya penulis akan sweep (clear Dungeon secara automatik tanpa perlu masuk Dungeon). 

Seperti yang penulis highlightkan dekat sini, World Boss adalah acara harian yang seronok dimainkan. Macam penulis contohnya, ada Guild sendiri. Kalau kita dalam guild, lebih seronok main event ni sebab ada member-member guild yang masuk serta sekali. Dalam masa 10 minit, tumpaskan robot ni dengan gunakan kuasa masing-masing. Dari situ akan nampak ranking guild dan player mana yang bagi damage paling tinggi sekali. Ia sangat penting untuk naikkan guild fame.

Dark Temple pula memberikan korang cabaran untuk bertahan berapa lama dalam satu pusingan. Penulis hanya berada di Level 3 dan tak terlalu fokus dekat mod ini lagi. Tapi ganjarannya, Agatha sangat penting untuk naik taraf kelengkapan sedia ada jadi ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan Agatha.

Ini adalah Continental Exploration. Penulis akan bermain permainan macam Saidina (ada dadu dan ganjaran kalau kena pada tempatnya).

Album tu penting untuk korang kumpul setiap watak dalam dunia Dragon Nest. Kalau berjaya kumpul kad, boleh naikkan BP pada kadar tertentu. Tak lupa juga chest terutamanya yang ada kucing warna ungu untuk ganjaran paling best.

3. Guild Yang Menawarkan Pelbagai Ganjaran

Ini adalah Guild Sign-In yang sangat penting. Ikon berbentuk skrol itu sangat penting untuk membeli Battle Medal. Kalau log masuk menggunakan Dragon Coin, lagi banyak jumlah skrol korang dapat.

Seperti yang korang lihat, Battle Medal boleh dibeli dengans 1 stok dalam sehari. Kalau kumpul 2, boleh digunakan sebagai bahan untuk naif taraf Moniker, satu sistem yang membolehkan Battle Points (BP) korang naik dengan mendadak.

Ini adalah antaramuka Guild yang menunjukkan maklumat seperti ranking, jumlah ahli dan level Guild tersebut.

4. Arena Yang Adil Untuk Semua

Ini pula adalah Arena yang mana korang boleh test skil masing-masing tanpa perlu risau kalau-kalau BP korang masih rendah. Kalau korang nampak, ia sangat adil kerana BP tak berikan kelebihan tapi skil individu tu yang penting. Macam mana korang kawal karakter, gunakan kombo skil, elak serangan berbahaya dan sebagainya.

5. Tiga Tahap Kelas Yang Boleh Dipilih

Penulis boleh memilih untuk advanced di kelas tier ketiga antara Saleana dan Elestra. Seperti yang korang dah biasa dengar. Elestra mempunyai skil elemen Ais yang dinaiktaraf dan Saleana pula adalah skil api. Kalau korang nak reset kelas pun boleh tapi perlu gunakan Dragon Coin. Ya lah, sekurang-kurangnya tak perlu main dari awal balik. Yang paling best, level maksimum untuk game ini ialah 100 jadi korang boleh layan game ini untuk beberapa bulan sementara ada update baru akan datang.

6. Acara Utama Yang Menjadi Tumpuan

Ni pulak adalah haiwan tunggangan Divine Beast yang juga antara acara paling utama dalam DN M – SEA ni. Korang perlu selesaikan beberapa tugasan untuk kumpul mata dan kemudian exchange dengan haiwan tunggangan ni.

Nota editor: Jadi itulah antara keseronokan yang boleh korang rasa kalau dah main game ni. Kalau main dengan kawan-kawan dan tubuhkan group Discord atau group Whatsapp mesti lagi best. Yang penting, DN M – SEA dah berjaya buat penulis tertambat hati nak cuba MMO lagi tapi kali ni di peranti pintar. Masih banyak lagi boleh diteroka dan korang perlu rasai sendiri!

P:S Energi recover agak lambat jadi korang perlu berhati-hati nak pilih quest dan dungeon mana yang lagi penting. 

Jom muat turun dekat sini:

Android: Klik SINI

iOS: Klik SINI