3 hero ini mampu ‘counter’ Dyrroth

By Hazrul Md Nor | May 9, 2022

Dyrroth adalah salah satu hero yang sangat kuat ketika beraksi di pentas MPL MY musim ke-9.

Hero ini pernah menjadi kunci kemenangan ke atas pasukan musuh dan penggunanya dinobatkan sebagai MVP.

Namun begitu, setiap hero ada counter tersendiri, jika anda sering menjumpai hero ini di ranked.

Cuba guna hero counter ini untuk melemahkan kekuatan Dyrroth.

GUINEVERE

Hero ini terkenal dengan kelebihan skill crowd control yang sangat menjengkelkan apabila berhadapan dengannya.

Spatial Migration sesuai untuk menghentikan pergerakan Dyrroth dan dikombo bersama Violet Requiem untuk memberikan damage yang besar.

Jika Dyrroth masih lagi tidak dihapuskan ketika kombo dilaksanakan, anda boleh meminta bantuan pasukan anda untuk melemahkan lagi nyawanya sewaktu Dyrroth terkena Spatial Migration.

ARGUS

Salah satu hero yang sangat kuat ketika perlawanan satu lawan satu. Argus mampu untuk bertahan sehingga pihak musuh ditumbangkan.

Oleh itu, hero ini sangat sesuai digunakan untuk counter Dyrroth. Eternal Evil memberikan kelebihan kepada Argus untuk meningkatkan kembali nyawa yang sudah hilang di dalam pertarungan.

SABER

Mobazane pernah mempopularkan kembali hero ini di dalam pentas Kejohanan Dunia M3 sewaktu peringkat kumpulan dan dinobatkan sebagai MVP.

Saber mampu untuk menyekat pergerakan Dyrroth dan membuatkan hero itu tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang skill dan damage.

Jika Saber sudah mendapatkan tiga core item seperti War Axe, Hunter Strike dan Blade of Despair. Damage yang dikeluarkan mampu untuk menghancurkan Dyrroth di dalam sekelip mata dengan penggunaan Triple Sweep.

Jika anda belum menggunakan ketiga-tiga hero ini untuk counter Dyrroth, cuba gunakan salah satu darinya apabila anda bertemu dengan Dyrroth.

Perlu diingatkan, setiap pemilihan hero itu harus bergantung kepada komposisi pasukan anda. Selamat mencuba.

Sumber: ONE Esports

Foto: MLBB