3 karakter baru Inazuma di Genshin Impact dibocorkan oleh miHoYo sendiri

By Mike Hayate | June 8, 2021

MiHoYo semalam membuat pengumuman mengejutkan di Twitter dengan tiga karakter baru dari Inazuma. Inazuma adalah lokasi baru yang bakal hadir ke dunia Teyvat, Genshin Impact. 

Sebelum ini Genshin Impact mempunyai masalah tertiris yang semakin lama semakin buruk untuk miHoYo. Tapi miHoYo kini dengan taktik pasaran terbaru untuk menarik ramai pemain baru dan juga untuk peminat lama Genshin Impact. MiHoYo sebelum ini tidak pernah lagi menunjukkan karakter-karakter baru akan datang dan selama ini pemain-pemain Genshin Impact hanya mendapat maklumat dari open beta tester sahaja.

Memperkenalkan 3 karakter baru di Inazuma akan datang ke Genshin Impact:

1.Kamisato Ayaka – Frosflake Heron

Image

Kamisato Ayaka adalah karakter lima bintang elemen cryo (ais) yang menggunakan pedang sebagai senjatanya. Ayaka merupakan anak perempuan kepada Komisen Yashiro Puak Kamisato. Ayaka juga mempunyai konstelasi berdasarkan Grus Nivis.

“Ayaka sendiri akan menjadi individu yang sentiasa menyelesaikan pelbagai masalah-masalah di Inazuma,” kata seroang ahli perniagaan di Hanamizaka, Inazuma.

2. Yoimiya – Frolicking Flames

Image

Yoimiya adalah karakter lima bintang elemen pyro (api) yang menggunakan busur dan panah sebagai senjatanya. Yoimiya adalah pemilik Kedai Bunga Api Naganohara. Bunga api selalu menjadi tarikan apabila perayaan diadakan di Inazuma.

“Yoimiya adalah ahli piroteknik terbaik di Inazuma dengan setiap pertunjukan bunga apinya yang sentiasa cantik.” kata Kamisato Ayaka.

Konstelasi Yoimiya juga digelar Carassius Auratus.

3. Sayu – Mujina Ninja

Image

Sayu merupakan karakter empat bintang elemen anemo (angin) yang menggunakan pedang besar (claymore) sebagai senjatanya. Sayu merupakan seorang ninja untuk residensi Shiyuumatsu-Ban. Bagi seorang yang kecil agak mengejutkan juga Sayu menggunakan pedang besar sebagai senjatanya.

“Sayu di mana? Oh, dia selalu bersembunyi di antara pokok-pokok pada waktu tengahari. Saya tahu mana Sayu selalu bersembunyi. Jikalau perlu pertolongan untuk mencari Sayu, saya sedia membantu,” kata Kamisato Ayaka.

Setakat ini masih belum ada apa-apa lagi mengenai teknik-teknik yang akan digunakan oleh ketiga-tiga karakter baru ini. Kemungkinan karakter baru Inazuma ini akan datang pada kemas kini versi 1.7. Setakat ini cuma spekulasi sahaja mengenai ketiga-tiga karakter baru ini. Nantikan tidak lama lagi. Jangan lupa berseronok dengan versi 1.6 yang akan datang esok untuk semua pemain Genshin Impact.