3 Sebab Kenapa 5G Menjamin Masa Depan Yang Cerah Untuk Malaysia

By Burhanudin Zamri | February 28, 2020

Artikel ini dibawakan oleh Celcom.

5G – satu terma yang masih samar maksudnya bagi ramai orang yang tidak celik tentang teknologi. Walaupun ia masih berada pada tahap awal pembangunan, teknologi ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Lambat laun kita akan nampak beberapa kelebihan teknologi 5G yang mampu mengubah kehidupan rakyat Malaysia. Semua ini hasil usaha syarikat telekomunikasi Celcom.

Berikut adalah rumusan tentang 5G dan kesannya pada masa depan Malaysia:

 

1. 5G akan mewujudkan sambungan data yang lebih kukuh dengan kependaman (latency) yang sangat rendah

Foto: Celcom

Bayangkan situasi di mana anda menonton siaran langsung perlawanan bola menggunakan telefon pintar. Antara masalah yang biasa dihadapi ialah kualiti video yang rendah, video tersekat-sekat, dan penangguhan siaran. Masalah-masalah ini tidak semestinya berpunca dari telefon pintar anda.

Sambungan 5G menjaminkan bahawa semua masalah-masalah di atas akan diselesaikan. Antara kelebihan utama teknologi 5G ialah ia memastikan kadar kependaman diturunkan sehingga hampir menjadi kosong. Ini membenarkan anda untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan banyak data seperti menonton video, memuat naik dan memuat turun dan lain-lain aktiviti memakai data tanpa gangguan.

Kelebihan yang paling penting dalam aspek ini ialah ia membenarkan kita untuk menerima maklumat mengikut waktu sebenar (real time) tanpa mengalami penangguhan data yang sering dikaitkan dengan teknologi 3G dan (kadang-kadang1) 4G.

 

2. Data boleh dihantar dengan lebih berkesan dengan menggunakan 5G, maka ia membenarkan ketumpatan sambungan yang lebih tinggi

Foto: Celcom

Anda mesti pernah mengalami masalah di mana sambungan internet anda berhenti berfungsi secara tiba-tiba. Isu ini berpunca dari trafik internet yang tidak mampu menampung jumlah pengguna internet yang tinggi. Tidak kira sama ada anda tengah cuba membeli barangan baru secara dalam talian atau membeli tiket untuk menghadiri konsert artis kegemaran anda, rangkaian-rangkaian internet ini boleh berhenti berfungsi pada bila-bila masa.

Dengan adanya kebolehan untuk menghantar data dengan cara yang lebih berkesan, isu seperti ‘kesesakan’ trafik internet boleh dielak. Hal ini kerana had ketumpatan sambungan internet akan ditingkatkan 10 kali ganda. Walaupun ramai orang menggunakan internet dan menghantar data yang banyak, ia tidak menjadi masalah untuk teknologi 5G.

 


3. 5G menyambung semua peranti anda untuk kegunaan aplikasi Internet of Things (IoT) yang lebih luas

Foto: Celcom

Kita semua memiliki pelbagai jenis peranti pintar yang memudahkan hidup kita. Ada antara kita yang lebih berkemampuan sehingga mampu membeli ciptaan yang lebih mewah seperti kereta elektrik. Apa yang menarik tentang semua peranti dan teknologi ini adalah mereka mampu saling berinteraksi.

Contohnya, anda boleh memprogramkan lampu di rumah anda supaya boleh dikawal menggunakan telefon pintar anda. Persoalannya, bagaimana 5G menambahbaik aspek ini?

Sambungan rangkaian 5G yang jauh lebih baik akan meningkatkan tahap kawalan terhadap peranti-peranti anda yang bersambung. 5G juga akan meningkatkan bilangan peranti yang boleh disambung pada waktu yang sama. Semua ini dilakukan tanpa mengorbankan kelajuan dan keberkesanan rangkaian.

Selain daripada kegunaan harian, teknologi ini juga akan memberikan kelebihan yang sangat bermakna bagi industri pengangkutan, pertanian, pendidikan, dan keselamatan.

Celcom memainkan peranan yang penting dalam membentuk masa depan di Malaysia yang mempunyai teknologi 5G di dalam dan luar Lembah Klang, termasuk:

 

Pulau Langkawi Dengan Masa Depan Yang Lebih Selamat Bersama 5G

Foto: Celcom

Pulau Langkawi merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat popular. 

Antara aspek dan elemen yang penting sebagai sebuah destinasi pelancongan adalah keselamatan. Ia merupakan antara aspek yang penting untuk penduduk pulau tersebut dan pelancong yang mengunjunginya. Oleh itu, pulau tersebut menjadi lokasi yang strategik untuk dijadikan sebagai demonstrasi untuk teknologi 5G.

Untuk melaksanakan inisiatif ini, Celcom memasang beberapa kamera pengawasan 360-darjah UHD 4K di sekitar Pulau Langkawi. Pada waktu yang sama, semua kamera ini berfungsi untuk membuat analisa video dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI).

Sistem Pengurusan Smart Port juga diperkenalkan dan Celcom menyatakan sistem ini akan meningkatkan keberkesanan pemantauan logistik pelabuhan. Dengan ini, tahap keselamatan di tempat-tempat kemasukan ke Pulau Langkawi antaranya pelabuhan dapat dipertingkatkan.

 

Petaling Jaya Live Cluster Field Trial

Foto: MRCB Land

Celcom juga merancang untuk menggunakan kawasan Petaling Jaya (PJ) sebagai projek demonstrasi untuk menujukkan bagaimana teknologi 5G akan memajukan masyarakat dan mengubah cara para penduduk membeli belah, menikmati hiburan, serta meningkatkan tahap keselamatan.

Terdapat rancangan untuk memasang Wifi dan kamera pengawasan 5G yang mempunyai teknologi pengecaman muka di stesen LRT Taman Jaya. Dengan rancangan ini, Celcom berhasrat untuk membekalkan video pemantau berdefinisi tinggi untuk membantu pihak berkuasa tempatan. Pelbagai jenis sistem seperti Pengesanan Kesalahan Trafik (Traffice Violation Detection) juga akan dipasang untuk memantau lebih baik dan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

 

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sebagai Pusat Inovasi (Innovation Center) 5G

Foto: Celcom

Celcom bekerjasama dengan UTM untuk membangunkan sebuah platform untuk memudahkan penyelidikan dan pembangunan teknologi 5G di Malaysia. Ini juga bermaksud UTM merupakan institusi pendidikan pertama di Malaysia yang berkebolehan mempunyai kemudahan teknologi 5G.

Pembukaan pusat penyelidikan dan pembelajaran 5G ini juga menawarkan program pembelajaran jangka pendek, sederhana, dan tinggi di Pusat Pembaharuan 5G di UTM akan menjadi pemangkin yang sempurna untuk pembangunan teknologi 5G di Malaysia.

 

Anda sudah bersedia untuk 5G? 

Untuk mengetahui lebih lanjut peranan Celcom dalam masa hadapan 5G di Malaysia, klik SINI.

Featured image dari Stanislav Kondratiev | Unsplash.

Baca artikel asal di Mashable SEA!