April Fool! 4 Gamer Kongsi Pengalaman Lucu Mereka Kena Prank!

By Hazril Md Nor | April 1, 2018

Siapa yang tak triggered bila kena prank masa April Fool termasuk gamers sekalipun. Biasa kita dengar kawan kawan aje kena prank tapi kali ni gamers pulak!

Hari ni MyGameOn berkongsi that epic moments dari korang yang pernah kena prank. Tak kisahlah in-game atau real-life, yang penting kelakar!

(Nota editor: Kami dah bercakap dengan ramai gamers untuk artikel ini tapi yang ni adalah 4 pengakuan yang ‘baik punya’ dari semua).

1) Qistina Iman

– Hos dan FV Business Development Director

– Game dimainkan: A way out, League of legends, tekken, minecraft

Best prank saya pernah buat: Member-member memang tak suka bila saya main Sona (dalam League of Legends), jadi last-last saya akan KS buff diaorang ataupun KS kills dan blah macamtu aje. (Saya tak kisah pun MWAHAHAHA).

Best prank pernah kena: Ada sekali, masa saya tengah voice call dengan member tapi saya ingatkan headset ada masalah sebab tak boleh dengar. Sebenarnya member-member diam (tak cakap apa-apa) jadi saya banyak kali betulkan headset tu dalam masa 30 minit. Rupanya kena prank! (Editor: Kesian kena cakap sorang-sorang!)

2) Nia Adyana aka Makthor

– Pemain profesional FIFA dan seorang pembantu akauntan

– Game dimainkan: Of course lah FIFA18 kan



Best prank saya pernah buat: Bila main Battlefield 4 dengan member dan saya gunakan ‘black magic’ jadi diorang tak boleh nampak saya dalam game, saya pun guna peluang untuk defibrillator diorang lagi dan lagi.. lol.

Best prank pernah kena: Well, orang kata karma kan. Apa kita buat dekat orang lain kita kena balik. Jadi dalam GTA V, bila tengah main misi heist dalam dark hangar, saya terlepas notification bila gunakan night vision, jadi member tak bagitau untuk buka dan teka apa jadi? Saya main macam orang bodoh dalam gelap dan diorang bangga sekejap sebab dapat berlari dalam gelap, dapat kills. Karakter saya pula kena knockout lagi dan lagi. Diorang gelak je masa tu. (Editor: kesian Nia, siapa suruh prank orang?).

3) Muhammad “Sekaiichi” Aiman

– Pemain FIFA Online 3 dan juga seorang Player-Caster bagi FIFA

– Game dimainkan: FIFA Online 3/FIFA 18

 

Best prank saya pernah buat: Hijack player yang kawan tengah deal senyap-senyap, the next day baru bagi balik player tu lepas member dah frust.

Best prank pernah kena: Selepas pembedahan kerana patah kaki (2 tahun lepas), Mohammad “Old” Hasan beritahu bahawa saya dah terkeluar dari Top 10 Ranking Season FO3, and it was on final day. Saya terkejut sebab masa tu tengah first place dengan point yang agak jauh dari orang lain, so tak faham macam mana boleh nak kena potong sampai terkeluar dari Top 10 dalam masa 2 hari je? Hasan cadang nak korbankan point dia bagi dekat saya, and dia pakat dengan Aaron “J0K3R” Gomez untuk transfer point sikit (which is actually illegal tapi saya masa tu anggap diorang sangat baik sampai sanggup langgar rules Ranking nak bagi saya stay in Top 10).

The next few days time Aaron dan Hasan melawat saya di HUKM, saya buka Ranking rewards aku melalui Teamviewer dari phone Aaron, and saya perasan yang point saya sama dengan masa sebelum accident, takde penambahan point pun. Dari situ saya baru sedar yang kena prank. Dekat seminggu saya rasa terharu serba salah bagai rupa-rupanya semua gambar-gambar yang diorang bagi HANYALAH EDIT, and takde apa pun yang berlaku masa tu. Tapi tu antara kenangan paling best dengan komuniti FO3 sebab hampir semua pro players berlakon acah-acah situasi tu real, and saya masa tu tak boleh buat apa-apa sebab still on hospital bed! (Editor: Kesian Aiman, sakit-sakit pun kena prank, bertabahlah ye!).

4) Sarah Syafiqa Allya aka Akirien
– Gamer, streamer dan pengasas Hitbox Gaming
– Games dimainkan: Destiny, Overwatch dan Monster Hunter.

Best prank saya pernah buat: Komuniti Fighting Games (FGC) pernah terfikir saya dengan KamenRimau (Mohamad Fadzli) ada apa-apa (couple la kononnya) sebab kami rapat. Hinggalah ada orang tanya, jadi kami buat keputusan untuk couple selama seminggu. Dan kemudian umumkan kami tak akan bertunang masa raya dan semua ni bohong belaka (hahaha). Ini hanya macam fan service kepada member-member dalam komuniti gaming yang beriya ship hubungan kami. Maaf sangat dan terima kasih pada yang menyokong hubungan ni. Kami akan terus berkawan dan bersaing dalam e-sukan bersama-sama. (Editor: Macam mana kalau ada plot twist pulak dari Sarah lepasni? hahaha).

Best prank pernah kena: Tak banyak sangat, cuma member cakap ada patch baru (macam excited kejap) rupanya prank je. 

Kalau korang dekat luar sana pernah kena prank, boleh share dengan kami di ruangan komen!