5 Champion permulaan untuk mereka yang mahu cuba League of Legends: Wild Rift

By Hazrul Md Nor | August 24, 2021

Permainan peranti mudah alih popular, League of Legends: Wild Rift dilancarkan di Malaysia secara beta terbuka bermula Oktober tahun lalu. Ianya berkonsepkan permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) 5 lawan 5 dari platform PC, League of Legends. 

Apa yang menarik tentang Wild Rift ini adalah ia masih mengekalkan elemen League of Legends meskipun sudah beralih ke pelantar telefon pintar. Antara elemen-elemen itu ialah karakter dan skill set yang sama dari League of Legends, Rift Herald, Baron dan juga empat jenis Dragon yang perlu ditumbangkan bagi mendapatkan buff untuk menguatkan kekuatan pasukan anda.

Bagi pemain yang belum pernah mencuba permainan ini, penulis ingin berkongsi lima jenis champion yang anda boleh cuba selepas memuat turun permainan ini.

ASHE 

Champion wanita yang memegang busur dan anak panah ini amat mudah untuk digunakan bagi mereka yang baru sahaja mencuba permainan ini.

Kemahiran beliau untuk memperlahankan gerakan musuh dan mengeluarkan anah panah besar yang boleh dikawal di dalam peta memberikan ancaman yang patut dikhuatiri pihak lawan. Selain itu, Ashe mudah untuk membunuh minion dengan cepat dan efisyen.

BLITZCRANK

Blitzcrank adalah robot yang mempunyai kemahiran untuk menarik musuh kepadanya menggunakan tangan yang boleh dipanjangkan.

Dikenali sebagai playmaker, Blitzcrank sesuai untuk digunakan bagi membantu pasukan untuk mendapatkan kill. Ia boleh melambungkan pihak lawan dan ultimate robot ini boleh silence pihak lawan dari menggunakan skill. Blitz sesuai dimainkan sebagai support dan roamer.

GAREN

Champion berbadan besar dan gagah perkasa ini sering digunakan untuk bermain secara solo di baron lane. Beliau berupaya untuk bertahan di dalam lane oleh kerana kemahiran pasif yang meningkatkan HP ketika beliau tidak berada dalam serangan.

Garen mudah untuk clear minion wave dengan kemahiran yang dimilikinya dan mempunyai salah satu ultimate yang mampu memberikan burst damage kepada pihak lawan bergantung kepada berapa banyak nyawa yang tinggal.

Selain itu, Garen juga sesuai digunakan sebagai tanker untuk menahan damage yang diberikan oleh pihak lawan untuk pasukannya.

ANNIE

Champion perempuan berbadan kecil ini amat ditakuti pihak musuh dengan kemahirannya mengeluarkan burst damage yang sangat tinggi dan AOE (Area of Effect) stun.

Annie sesuai dimainkan sebagai mage dan menguasai lane beliau dengan membeli item yang berupaya meningkatkan daya serangan pada peringkat awal

Ultimate Annie adalah beliau akan mengeluarkan seekor beruang berapi yang mampu dikawal untuk dibawa bersama di medan perang.

Ia sangat berguna dalam teamfight apabila musuh berkumpul dalam satu formasi.

MASTER YI

Master Yi adalah salah seorang karakter yang terawal diperkenalkan di dalam permainan ini sejak ia dilancarkan di platform PC dahulu kala.

Beliau sesuai dimainkan sebagai jungler dan assassin, kemahiran yang dimilikinya mampu memberikan kelebihan untuk melakukan rotasi dengan pantas ke lane pihak lawan.

Karakter ini selalu digunakan untuk membuat clean up di dalam perlawanan. Sebagai assassin, pemain perlu menunggu masa yang sesuai untuk masuk ke dalam perlawanan kerana jika tersilap langkah, pihak lawan boleh burst karakter ini dengan pantas.

Berdasarkan pilihan karakter yang penulis kongsikan di atas, yang manakah menjadi kegemaran anda untuk mencuba permainan ini? terdapat banyak lagi karakter yang anda boleh mainkan selepas anda memuat turun permainan ini. Jadi apa anda tunggu lagi? Selamat mencuba!