5 game dengan transaksi mikro lebih mahal dari permainan itu sendiri

By Mike Hayate | April 23, 2022

Transaksi mikro sudah lama menjadi isu dalam permainan video.

Kadang-kadang isu ini menjadi hangat dengan transaksi  yang tidak masuk akal harganya dan tersangatlah mahal.

Ada transaksi mikro yang lebih mahal dari permainan itu sendiri.

Hari ini kita akan memberi fokus kepada 5 Game dengan Transaksi Mikro Lebih Mahal dari Permainan Itu Sendiri

1. The Sims 4 DLC

Pada mulanya DLC The Sims 4 tidaklah semahal yang disangka.

Namun untuk membeli setiap jenis add on untuk The Sims 4 anda harus membayar sekurang-kurang RM3,600 dan tiada pula sistem bundle untuk membeli semua serentak.

The Sims pula hanya berharga RM79 di Steam, harga yang sangat jauh beza dengan apa yang anda akan dapat.

Terdapat pelbagai jenis DLC tetapi kebanyakan DLC itu ada yang mempunyai harga sebanyak RM140 minimum.

2.Train Simulator

Buat peminat-peminat keretapi di luar sana sudah pasti perkara ini tidak mengejutkan.

Anda perlu membayar hampir RM40,000 untuk mendapatkan semua DLC yang wujud di dalam Train Simulator.

Betul tidak mungkin semua orang akan mengeluarkan RM40,000 untuk membeli semua DLC yang ada.

Train simulator pula hanya berharga RM44 sahaja di Steam.

Untuk tahun 2018 anda sudah perlu membayar hampir RM36 ribu untuk mendapatkan semua DLC yang ada.

Nampaknya Train Simulator pasti akan menjadi lebih mahal.

3. Star Citizen

Star Citizen mempunyai transaksi mikro yang sangat mahal.

Sebagai contoh pek Legatus 2951 berharga RM160,000 hanya untuk satu pakej yang sangat-sangat besar dan penuh dengan kepelbagaian dan anda akan dapat hampir kesemua kapal di dalam Star Citizen.

Namun dengan harga itu anda masih tidak dapat mendapatkan kesemua kapal angkasa yang ada sudah pasti sangat pelik.

4. FIFA 22

Sudah semestinya FIFA 22 tidak akan lari dari mempunyai transaksi mikro yang lebih teruk daripada harga permainan video itu sendiri.

FIFA 22 sendiri mempunyai harga yang mahal iaitu RM199 untuk CD game sahaja.

Jika anda ingin membeli kad FUT anda perlu menukarkan wang sebenar ke mata wang FIFA 22.

Terdapat satu kad pemain yang berharga RM4,000 dan anda memerlukan satu pasukan untuk bermain dan setiap pemain bola yang anda perlu beli untuk satu Ultimate team tersangatlah mahal.

5. Dead or Alive 6

Transaksi mikro untuk Dead or Alive 6 adalah sangat agresif.

Malah setiap pas musim adalah sangat mahal dan boleh bermula dengan harga RM240 ke RM360 mengikut musim itu.

Malah ada juga karakter yang mempunyai baju yang sama tetapi baju itu dipakai oleh karakter lain dan Dead of Alive 6 menjual kostum secara berasingan.

Malah untuk menukar warna rambut karakter pun anda perlu bayar.

Apa lagi permainan video yang anda main dan mempunyai transaksi mikro yang sangat mahal dari biasa?