5 hero Mobile Legends yang anda selalu nampak jadi hyper carry

By Hazril Md Nor | July 15, 2020

Sekarang meta hyper carry digunakan dengan kerap dalam Mobile Legends: Bang Bang. Formasi 1-3-1 dan hero core yang mengambil kedua-dua buff merah dan biru ini sangat popular sehinggakan anda boleh melihatnya setiap kali di rank Legend dan ke atas.

Ini adalah lima hero kebiasaan yang digunakan untuk meta hyper carry dan sebab-sebabnya digunakan:

 

1. Ling

Hero lincah dan pahlawan Dragon Altar ini sememangnya licik dan sukar untuk dibunuh. Kelajuan Ling untuk mendapat buff dan bergerak dari lane ke lane membuatkan hero ini sangat sesuai jika digandingkan bersama Angela. Ling mempunyai kelebihan untuk mencuri buff musuh dan melakukan invade mudah pada marksman. Kelebihan Ling sebagai hyper carry juga membolehkan sidelane dimenangi dengan mudah.

Selain itu, Ling boleh terus menuju ke backline tanpa susah payah dengan keupayaannya berjalan di atas dinding batu. 

 

2. Esmeralda

Mengikut meta sekarang, ramai yang menjadi Esme sebagai offlaner di top untuk memenangi sidelane dengan mudah. Namun, keupayaan Esme menyedut shield dan roaming dengan pantas adalah sebab mengapa dia juga dipilih sebagai hyper carry. Esme juga mempunyai ultimate yang mudah untuk gank dan menangkap hyper carry lain.

Kelebihan lain sebagai Esme ialah mempunyai Shield yang sangat tinggi dan boleh dikumpulkan begitu banyak. Dengan bantuan Angela, hyper Esme boleh mendominasi kawasan Turtle dengan mudah.

Item seperti Feather of Heaven dan Oracle membantu Esme untuk mengenakan damage berterusan tanpa terlalu mengharapkan pada kuasa kedua, Stardust Dance.

 

3. Claude

Marksman yang paling lincah ini sangat digeruni dalam Mobile Legends. Hampir setiap kali rank akan dikenakan ban namun jika terlepas, Claude pasti akan dipilih. Kelebihan Claude semestinya terletak pada keupayaannya untuk kumpul stack pada Art of Thievery yang membolehkannya serang dengan lebih laju dan bergerak lebih pantas. Art of Thievery ini juga boleh menambahkan daya kelajuan Blazing Duet.

Ketika Blazing Duet, Claude boleh masuk ke tengah-tengah teamfight dengan tambahan Shield dan dia adalah satu-satunya marksman yang boleh berbuat demikian. 

Ini membolehkan Claude menangkap atau zone out backline dengan mudah tanpa perlu berdepan dengan tank di barisan hadapan.

 

4. Lancelot

Kelebihan Lancelot adalah damage burst pada awal permainan. Lance boleh memenangi lane dan melakukan rotation dengan mudah. Pemain yang hebat dapat memanfaatkan kuasa Lance untuk masuk ke dalam teamfight dan keluar dengan selamat. Sebagai assassin Lance juga berupaya menangkap marksman yang berselindung di belakang.

Ditambah dengan sokongan Atlas ataupun Khufra yang mempunyai hard-cc, Lancelot boleh mendominasi sebagai hyper carry tanpa masalah.

 

5. Karrie

Ini adalah marksman yang sangat digemari sesiapa saja. Mudah dimainkan, lincah dan ada true damage untuk mencederakan tank dengan mudah. Karrie juga selalu dipilih sebagai hyper carry jika terdapat support yang boleh cover beliau mengenakan damage dari jauh. 

Jika dilengkapkan dengan purify, agak sukar untuk menjatuhkan hero ini. 

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.