5 laman sesawang permainan video yang anda boleh main game secara percuma

By Mike Hayate | June 28, 2022

Sudah lama dan bertahun-tahun, laman sesawang permainan video secara atas talian wujud.

Sudah pasti anda teringat suatu masa dahulu zaman kanak-kanak ramai bermain di miniclip dan mofunzone.

Tidak sangka sebenarnya ada yang masih wujud dan beroperasi seperti biasa.

Banyak sebenarnya lagi laman sesawang permainan video percuma ini.

Ini adalah 5 Laman Sesawang Permainan Video yang anda boleh main game secara percuma:

1. Miniclip

Laman lagenda ini masih wujud dan kini sudah 21 tahun berada di dalam industri.

Dari permainan video popular Runescape dan Club Penguin yang kini sudah ditutup, miniclip masih popular dan dimain oleh ramai pengguna.

Paling diingati juga adalah 8 Ball Pool yang ramai main. Terdapat juga Flip Master dan Agar.io.

Kelebihan miniclip adalah banyak permainan video battle royale dengan pilihan aksi dan pengembaraan.

Namun miniclip mempunyai masalah loading terlalu lama dan lag dalam permainan multiplayer.

2. PlayRetroGames

Laman ini adalah antara laman sesawang terbaik untuk bermain permainan video retro di browser anda.

Bermula dari era 8-bit sehingga era NES, banyak permainan video retro yang anda boleh cuba.

Permainan GBA juga ada untuk anda cuba.

Antara permainan yang popular adalah Mario, Mega Man dan NBA Jam.

Kelebihan Playretrogames adalah banyak permainan video lama era 8-bit dengan penggunaan alat kawalan.

3. Mofunzone

Mofunzone suatu ketika dahulu menjadi pesaing terbesar untuk miniclip.

Kini penuh dengan permainan video yang pelik-pelik dan lawak.

Masih juga ada beberapa permainan yang sangat popular seperti siri Duck Life.

Mofunzone juga terkenal dengan beberapa permainan video yang dibangunkan sendiri oleh peminat tegar seperti Naruto vs Bleach.

4.Cartoon Network

Cartoon Network juga popular sebagai tempat untuk anda bermain permainan video di browser.

Banyak permainan video yang anda boleh cuba tanpa mengira jenis umur dari yang muda sehingga tua.

Malah terdapat juga beberapa permainan video yang boleh dijadikan pendidikan kepada anak-anak anda.

Terdapat juga beberapa permainan video dari siri popular Cartoon Network seperti Teen Titans dan The World of Gumball.

5. Y8

Satu lagi laman sesawang permainan video yang mempunyai banyak katalog yang besar.

Dengan 5,000 jenis permainan, laman ini sangat mudah untuk digunakan.

Permainan video di laman ini sangat responsif dan berjalan dengan baik tidak kira browser apa yang anda guna.

Banyak lagi sebenarnya laman sesawang sebegini dan pilihan lima ini sudah cukup untuk anda memberi peluang kepada anak anda atau diri anda sendiri.

Anda hanya perlukan browser yang sesuai dan internet.

Apa lagi laman sesawang permainan video browser yang anda tahu?