5 panduan mudah sebelum membeli kerusi gaming

By Mike Hayate | June 1, 2021

Kerusi gaming atau lebih dikenali sebagai ‘gaming chair’ oleh rata peminat permainan video serata dunia nyata menjadi fokus untuk gaya dan keselesaan bermain permainan video.

Pada mulanya kerusi gaming dianggap hanya gimik untuk menarik orang ramai membelinya. Tetapi sejak promosi dari beberapa pempengaruh terkenal dalam penstriman permainan video lebih ramai orang mengikuti dan juga membelinya.

Penulis sediakan beberapa panduan yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli kerusi gaming ini:

1. Estetik

Dota 2 x Secretlab gaming chair | Secretlab US

Kebanyakan kerusi gaming sekarang mempunyai rekaan seakan-akan kerusi lumba kereta.

Kerusi gaming selalu juga dikaitkan dengan rupa yang cantik tetapi tidak selesa. Akan tetapi, kerusi gaming yang berkualiti baik banyak di pasaran.

Jika pengguna inginkan estetik, anda boleh mendapatkan kerusi gaming ini. Jika anda hanya mahukan ergonomik? Lebih baik anda cuma membeli kerusi pejabat yang nyata mempunyai nilai ergonomi yang sesuai.

2. Periksa fungsi kerusi gaming tersebut

Cheap vs Expensive Gaming Chairs: compare and contrast | ChairsFX

Fungsi sesebuah kerusi gaming adalah lebih penting untuk pertimbangan anda. Jika kualiti dan ergonomi yang baik, maka anda perlu melihat fungsi kerusi tersebut. Periksa setiap posisi duduk. Cuba laraskan kerusi mengikut keselesaan anda. Tahap ketinggian dan juga tahap penurunan tempat sandar anda.  

Laraskan juga sokongan lumbar (bahagian bawah belakang anda), kecondongan, tempat sandar kepala dan semestinya tempat letak tangan. Jikalau ada antara benda ini yang membuatkan anda tidak selesa maka anda mungkin perlu melihat kerusi gaming jenis lain yang lebih sesuai.

3. Elak beli kerusi gaming di atas talian.

Jikalau anda sudah berpengalaman menggunakan kerusi gaming yang sama anda boleh membeli atas talian. Tetapi, untuk rakan-rakan seperjuangan yang hendak membeli kerusi gaming baru semestinya anda perlu mencuba dahulu. Itu adalah keputusan terbaik. Belum cuba, belum tahu.

Pergi ke kedai-kedai yang menjual kerusi gaming berdekatan anda untuk mencuba sebelum membeli.

4.Ketinggian dan Berat 

Gaming Chair Sizing Guide for New Users | ChairsFX

Tak semua kerusi gaming direka untuk fungsi yang sama. Ada yang mampu untuk menahan berat anda untuk jangka masa yang lama ada yang tidak mampu. Kerusi gaming dari luar negara tidak semestinya sesuai untuk anda. Jika kerusi itu terlalu kecil anda tidak akan berasa selesa untuk bermain permainan video.

Anda boleh melihat carta saiz kerusi anda daripada pembekal atau penjual kerusi itu sendiri. 

5. Pengudaraan

Tt eSPORTS Intros X COMFORT AIR Cooling Professional Gaming Chair - Games  Middle East and Africa

Dengan cuaca Malaysia yang panas. Ini adalah antara perkara yang paling penting yang perlu anda pertimbangkan. Banyak kerusi gaming tidak memikirkan cuaca sesuatu tempat dan banyak juga tidak mempunyai pengudaraan yang sesuai untuk bermain di dalam cuaca panas.

Sesetengah kerusi gaming mempunyai pengudaraan yang sangat teruk sehingga membuatkan anda berpeluh di bahagian punggung akibat terlalu panas.

Mungkin anda bermain permainan video di dalam bilik yang berhawa dingin, tetapi cukupkah?

Inilah sedikit sebanyak panduan mudah untuk anda pertimbangkan sebelum membeli kerusi gaming atau ‘gaming chair’.