5 penjahat permainan video yang patut ada game mereka sendiri

By Mike Hayate | November 30, 2021

Permainan video pasti akan mempunyai satu penjahat yang begitu memberi impak sehingga ramai lebih meminati karakter penjahat itu dari meminati watak utama.

Banyak penjahat dalam permainan video sebenarnya layak dan patut ada game mereka sendiri.

Sudah pasti dengan adanya permainan video yang khas untuk karakter penjahat ini pasti memberi pandangan berbeza dan lebih menarik.

5 Penjahat Permainan Video yang Patut ada Game mereka sendiri:

1. Vaas Montenegro (Far Cry 3)

Five Things I Learned From "Far Cry 3's" Vaas Montenegro - LevelSkip

Penjahat ikonik dari Ubisoft ini nyata memberi impak yang besar dalam francais Far Cry terutama Far Cry 3.

Sebagai antagonis, Vass adalah antara penjahat paling diingati dalam dunia permainan video.

Watak yang tiada belas kasihan ini sangat kejam dan menjadi antagonis yang boleh membuat sesiapa sahaja yang bermain Far Cry 3 benci dengannya.

2. Bowser (Super Mario)

Pin on MARIO

Bowser yang menjadi raja untuk semua bangsa Koopa ini patut mempunyai permainan videonya sendiri.

Berkemungkinan permainan video Bowser akan menunjukkan bagaimana Bowser digeruni di dunia Super Mario.

Penukaran perspektif ini pasti menarik untuk dilihat kerana Bowser seringkali kalah dengan Mario.

3. Sephiroth (Final Fantasy VII)

Bekas Hero Shinra, Sephiroth menyedari dia bukan Soldier yang dinaik taraf terapi hanya eksperimen dari makhluk angkasa lepas Jenova.

Selepas membuat banyak kajian mengenai the Ancients, Sephiroth akhirnya menyedari dia adalah waris kepada planet yang didiaminya.

Tetapi ini adalah selepas semua yang terjadi.

Bagaimana pula Sephiroth ketika zaman kegemilangannya sebagai Soldier dan bagaimana pula dia menjadi salah satu Soldier terhebat dalam sejarah Shinra?

4. Liquid Snake (Metal Gear Solid)

https://cdn3.whatculture.com/images/2014/11/Metal-Gear-Solid-Phantom-Pain-Liquid-Snake.jpg

Boleh dikatakan Liquid Snake masih popular walaupun didalam bayangan Solid Snake.

Penceritaan latar belakang Liquid yang lari ke hutan belantara Afrika dan kemudian menjadi ketua untuk askarnya sendiri pasti menarik minat ramai orang.

Mungkin cerita bagaimana Liquid yang bekerja sebagai Secret Service di Asia Tengah dengan menyertai FOXHOUND dan akhirnya menjadi antara penjahat paling diingati dalam Metal Gear Solid)

5. Venom (Spiderman)

https://static0.cbrimages.com/wordpress/wp-content/uploads/2020/09/Venom-Beyond-feature.jpg?q=50&fit=crop&w=963&h=481&dpr=1.5

Ketika penulisan ini, Insomniac Games sudah mengumumkan  Venom yang menjadi watak baru dalam Spider Man 2 di PlayStation 5 yang dijangka keluar pada tahun 2023.

Venom bersama Eddie Brock yang menjadi anti-hero perlu mempunyai permainan video mereka sendiri.

Populariti Venom yang tinggi mengejutkan kerana masih belum ada permainan videonya sendiri.

Permainan video Venom perlu memberi fokus kepada penceritaan bersama watak penjahat lain dan Carnage boleh menjadi antagonis yang sesuai berlawan Venom.

Penjahat mana lagi yang anda rasa patut ada permainan video mereka sendiri?