5 Permainan Video MMORPG yang disangka sudah ‘mati’ tetapi masih wujud

By Mike Hayate | October 8, 2021

Terdapat beberapa permainan video yang masih lagi wujud walaupun ramai menganggap ia sudah ‘mati’.

1. Phantasy Star Online 1 (PSO1)

Walaupun sudah ditutup akibat sekuel Phantasy Star Online 2, PSO1 sebenarnya masih hidup dan masih ramai orang bermain di server persendirian.

Phantasy Star Online bukannya mati disebabkan ia permainan video yang kurang baik tetapi terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada yang baru.

Namun anda masih boleh bermain di mana-mana server persendirian PSO1 seperti Ephinea yang masih aktif dan penuh dengan komuniti yang sangat membantu.

2. Ragnarok Online

Ragnarok Online tidak asing lagi sebagai antara MMORPG yang paling lama dan masih mendapat kemas kini terbaru.

Dikeluarkan pada tahun 2002, Ragnarok Online masih mempunyai ramai pemain dan peminat tegar.

Permainan video keluaran Korea Selatan ini sudah menjadi ikonik sebagai MMORPG yang dikenali oleh ramai orang.

3. EVE Online

EVE Online adalah permainan vidoe MMORPG sains fiksyen yang sudah lama wujud sejak tahun 2003.

Anda akan mengawal kapal angkasa dan mengembara ke pelbagai jenis galaksi sambil menaikkan level karakter anda.

EVE Online walaupun sudah lama masih mempunyai komuniti yang kuat malah bertambah ramai sejak 2011 apabila versi free-to-play dikeluarkan.

4. Runescape

Runescape yang menjadi kegilaan ramai anak-anak muda di Miniclip dahulu.

Runescape yang dikatakan sudah mati, tetapi masih dimainkan oleh ramai orang lagi malah jutaan peminat.

Kini Runescape lama lebih dikenali sebagai Oldschool Runescape.

5. EverQuest

Awal tahun ini, Everquest menyambut ulang tahun yang ke-21 dan boleh dikatakan sangat menakjubkan untuk satu MMORPG kekal selama itu.

EverQuest memberi pemain banyak kandungan permainan.

Anda akan mengembara di dalam dunia yang digelar Norrath dan permainan ini banyak memberi fokus kepada PVP.

Malah EverQuest juga mempunyai lebih 500 kawasan untuk dijelajah.

EverQuest mempunyai 16 jenis Class dari 6 jenis Kaum.

Apa lagi MMORPG yang masih dimain oleh ramai orang di luar sana?

MMORPG yang telah berjaya bertahan dalam jangka masa yang lama ini pasti memberi satu kelainan kerana tidak semestinya permainan video itu memerlukan grafik yang cantik semata-mata untuk menjadi permainan video yang baik.