5 Petua Penting Yang Korang Perlu Tahu Tentang Chess Rush

By Intan Mawarni | July 9, 2019

Chess Rush adalah game mobile terbaru mengikuti fenomena Auto Chess yang dibangunkan oleh pembangun PUBG Mobile, Tencent. Dalam game ini, pemain boleh pilih seramai 50 hero+ terdiri daripada pelbagai jenis kelas untuk bina pasukan dan atur posisi hero untuk diletakkan di atas petak papan 8 x 8. Korang bakal berhadapan dengan 7 pemain lain dalam tiga mod berbeza: Classic, Turbo dan Co-op.

Penambahan mod Turbo dan Co-op adalah kelainan baru dibawakan dalam Chess Rush. Dalam mod Turbo, perlawanan menjadi lebih pantas dalam masa 10 minit dengan nyawa lebih sedikit dan kuantiti Mana Crystal lebih tinggi manakala mod Co-op pula membenarkan korang mengajak kawan korang bermain bersama-sama.

Panduan ini khas kepada mereka yang baru mula berjinak-jinak untuk main Chess Rush. Untuk makluman korang, game ini agak payah bagi mereka yang tidak mengenali peraturan autobattler. Berbekal kesabaran dan petua yang disyorkan oleh kami, korang tentu boleh menang game pertama korang!

1. Fahami konsep autobattler

Chess Rush mengikut cara permainan sama seperti Dota Underlords dan Auto Chess tetapi kalau korang tidak pernah main kedua-dua game ini, kami sarankan korang untuk tidak langkah tutorial. Sebagai ringkasan, pemain akan berhadapan dengan 7 pemain lain dalam satu arena. Korang akan dipaparkan dengan senarai hero yang boleh dibeli dengan menggunakan Mana Crystal bermula dengan 2 hero sehinggalah 10 hero (maksimum). Kemudian, susun hero dalam formasi di atas arena seperti dua Warrior di hadapan dan satu Druid di belakang. Hanya beberapa hero boleh berlawan di papan manakala 8 hero lain boleh disimpan sebagai persediaan.

Objektif utama adalah korang perlu mempertahankan nyawa daripada diancam oleh pemain lain. Jika korang gagal mengalahkan unit hero musuh, nyawa korang akan ditolak. Pemain akan naik level beransur-ansur bergantung kepada prestasi korang atau beli dengan Mana Crystal untuk membuka slot hero baru. Setiap hero juga menjadi lebih kuat apabila digabungkan dengan unit yang sama. 3 hero yang sama boleh digabungkan untuk jadi hero 2 star ★★ dan 3 hero 2 star ★★ boleh digabungkan menjadi hero 3 star ★★★

2. Semak senarai hero untuk ketahui kombo kelas & bangsa 

Rentak permainan ini bergantung kepada pemilihan hero korang. Walaupun game ini tidak menggambarkan permainan catur sebenar, setiap unit hero mempunyai ciri-ciri dan kebolehan mereka tersendiri. Terdapat lebih daripada 50 hero terdiri daripada 12 bangsa (Human, Elf, Beast, dll) dan dibahagikan dalam 9 kelas (Warrior, Assassin, Rider, dll). Beberapa unit hero perlu digabungkan untuk menerima kombo yang gempak seperti 2 Rider boleh memberikan 150 armor dan 60% magic resistance untuk seluruh pasukan. 

Petua hero: Gurru (Jelly) membolehkan korang dapat hero 2 star dengan menggabungkan 2 unit hero biasa sahaja. 

Untuk mengenali tentang semua hero yang muncul dalam Chess Rush, korang boleh lihat keseluruhan senarai hero dengan menekan ikon buku ‘Heroes’ yang terletak di menu utama game. Rajinkanlah diri untuk membaca deskripsi ciri-ciri bangsa dan kelas dengan menyentuh ikon hero dalam 3 saat untuk mengeluarkan paparan seperti tertera di atas. 

3. Cuba dulu main beberapa game

Oleh kerana terlalu banyak kebarangkalian kombinasi kompleks, kami mengesyorkan korang untuk bermain beberapa perlawanan terlebih dahulu supaya korang boleh sesuaikan diri dengan peraturan dan cara bermain game ini. Apa yang kami ingin kongsikan adalah cuba bereksperimentasi dengan kombinasi hero mana yang memang ngam dengan gaya permainan korang, formasi yang efektif untuk melawan musuh dan memasang senjata atau perisai kepada hero masing-masing.

4. Pakai barang (item) korang dapat 

Sepanjang perlawanan berlangsung, pemain bakal berhadapan dengan raksasa in-game selain daripada 7 pemain korang perlu kalahkan. Musuh in-game ini akan memberikan korang barangan seperti perisai, senjata, tome dan cloak yang mana korang boleh pasangkan ke unit hero bagi meningkatkan ciri-ciri hero. Semua barangan ini akan disalurkan secara automatik ke dalam peti terletak di sebelah kanan skrin atau korang boleh sentuh untuk kutip masuk ke dalam peti.

Setiap unit hero ada barangan yang sesuai untuk mereka (lihat perkataan ‘match’) dan korang juga boleh menaiktaraf barangan ini jika ada lebih daripada 1. Namun, kalau tidak match dengan unit hero berkenaan, guna sahaja untuk tingkatkan kebolehan dan ciri-ciri mereka kerana ia membantu dalam perlawanan.

5. Gunakan barisan formasi disyorkan

Selain meningkatkan kebolehan hero, formasi hero penting dalam menentukan kalah dan menang sesuatu perlawanan. Bagi yang baru bermula main game ini, korang boleh cuba formasi yang disyorkan terlebih dahulu. Formasi disyorkan ini boleh diakses di skrin paparan hero. Tekan ‘Recommended Lineup’ dan ia akan mengeluarkan senarai barisan dan formasi yang korang boleh pratikkan dalam perlawanan.

Chess Rush telah dilancarkan di mobile untuk Android dan iOS.

Pemain Chess Rush, apakah kombinasi terulung korang sehingga menang tak putus-putus? Jom kongsikan bersama kami di komen Facebook dan jangan lupa ikuti Instagram dan YouTube