5 sebab anda patut main League of Legends: Wild Rift

By Burhanudin Zamri | December 10, 2020

League of Legends: Wild Rift adalah permainan mudah alih baharu yang mencipta fenomena tersendiri. Biarpun baru di fasa beta terbuka, Wild Rift sudah pun mencipta kejayaan di carta App Store apabila menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2020.

Dalam artikel ini, penulis akan berkongsi pengalaman bermain Wild Rift:

 

Mobile MOBA tapi agak sukar dikuasai

Kita umum tahu yang permainan mudah alih mempunyai tahap kesukaran yang agak minima bagi genre mobile MOBA untuk menarik ramai pemain kasual mencubanya. Namun, Wild Rift tetap mempunyai cabaran.

Daripada pemilihan role (peranan), semuanya penting dan memberi kesan kepada teamfight. Sebagai contoh, ada lima peranan iaitu Support, Marksman, Mid, Jungle dan Baron lane (di LOL PC selalu dipanggil Top).

Tidak seperti Mobile Legends yang dimainkan dalam meta sering berubah, pemain support akan sentiasa bersama marksman dan membantunya untuk mendapatkan gold yang mencukupi.

Bagi pemain Mid, tugas mereka adalah memenangi lane dengan sekerap mungkin dan gank apabila perlu. Bagi penulis, jungle adalah peranan yang baru untuk pemain MLBB. Tugas anda adalah mendapatkan Red dan Blue buff dan kemudian bersedia gank mana-mana lane yang memerlukan pertolongan.

Di Baron Lane, pemain akan memilih champion yang sukar untuk dijatuhkan. Champion seperti Fiora, Camille, Yasuo dan Singe memang boleh dimainkan di Baron lane kerana mereka mempunyai output damage yang tinggi dan sukar ditewaskan.

Walaupun banyak peranan anda perlu belajar tapi semestinya ia akan jadi satu pengalaman yang baru untuk anda.

 

Ward dan fog of war

Bagi penulis, yang paling mencabar ialah peta yang gelap. Ia menyukarkan penulis untuk melihat siapa yang akan datang gank tapi di sinilah bergunanya sistem ward. Ia membolehkan penulis meletakkan ward di sungai atau tepi semak untuk melihat champions yang melalui kawasan itu.

Terdapat dua wards, yang memberikan vision dan yang boleh nampak ward lain jika ditekan (ya ward tidak boleh dilihat oleh musuh).Sistem ward ini membuatkan permainan menjadi lebih kompetitif dan agak mencabar bagi pemain mencari lokasi penting meletakkan ward agar setiap gerak geri boleh diperhatikan.

 

Pelbagai tier

Gambar daripada NOYPIGEEKS

Pembetulan: Platinum adalah tier selepas Gold dan Emerald selepas Platinum

Disebabkan Wild Rift masih baru dilancarkan dalam fasa beta terbuka, maka tidak ada lagi yang berjaya cecah ranking tertinggi. Dari pengalaman penulis yang kini di tier Gold, bukanlah terlalu sukar tapi bukan juga mudah. Mungkin kerana tidak ramai lagi pemain yang sampai ke Platinum, penulis selalu digandingkan dengan pemain yang belum lagi berada dalam mana-mana tier dalam mod ranked.

Bagaimanapun, itu adalah pengalaman penulis untuk membantu pemain tersebut bermain dengan lebih baik. Fungsi chat dan pings sangat membantu untuk mereka.

Bagi penulis, setiap kemenangan dirasakan sangat berbaloi kerana apabila anda bersedia untuk promote (naik tier), sekurang-kurangnya tiga perlawanan perlu dimenangi dan anda tidak boleh kalah lebih tiga kali. Ia sedikit mencabar dan memberi kepuasan apabila melepasi satu tier.

 

Setiap champions unik dan pelbagai

Bagi penulis, Wild Rift mempunyai barisan champions yang memang unik. Setiap daripada mereka mempunyai empat jenis kuasa, berlainan berbanding MOBA lain. Sebagai contoh, Lux adalah seorang mage dan mempunyai kuasa crowd control serta perisai.

Tapi yang paling menarik adalah ulti yang boleh digunakan dari mana-mana arah kerana ia adalah satu laser lurus ke penghujung peta.

Setiap champions ini mempunyai tahap kesukaran masing-masing. Oriana misalnya mempunyai robot berbentuk bola yang akan mengenakan kesemua damage dan boleh dikawal pemain dengan kuasa-kuasa yang ada. Bagi penulis, pemain pro Oriana boleh menukar arus perlawanan dengan mudah.

 

Skins yang berbaloi dengan harga ditawarkan

Untuk bahagian kosmetik, skins yang dibeli memang berbaloi dengan kualiti dan harga ditawarkan. Sebagai contoh skin Legendary Dark Cosmic Jhin berharga sekitar RM50 dan ia mengubah segala tekstur, model, animasi dan audio.

Baru-baru ini, Riot juga melancarkan K/DA All Out, satu koleksi skins yang mempunyai persamaan dengan kumpulan wanita virtual dari Riot. Ahri, Kai’sa, Akali, Seraphine dan Evelynn menerima skin popstar mereka yang tersendiri. Ia adalah salah satu inisiatif yang menarik oleh Riot.

Bagi penulis, pemain baharu tiada masalah untuk belajar dari bawah kerana terdapat tutorial disediakan. Ada juga mod yang mana anda boleh berlatih bersama pemain lain melawan kecerdasan buatan (AI).