5 skin ‘Pay To Win’ yang memberikan kelebihan dalam e-sukan

By Mike Hayate | October 8, 2021

Banyak permainan video mempunyai skinskin cantik yang pasti akan membuat orang lain terpegun melihat karakter anda.

Namun skin yang baik adalah skin yang tidak memberi pemain itu kelebihan untuk mengalahkan pemain lain.

Apa jadi apabila skin yang sepatutnya hanya kosmetik menjadi pay to win?

1. Skin I-Blitzcrank – League of Legends

I-Blitzcrank boleh dikatakan antara skin League Of Legends paling terkenal dengan masalah hitbox.

Hook daripada Blitzcrank dalam skin ini sangat susah untuk dielak kerana hitbox sebenar Blitzcrank lebih besar dari rupa hook itu.

Malah LCS juga mengharamkan penggunaan skin ini.

2. Skin Shattered Web – Counter Strike Global Offensive

Skin Shattered Web dalam CSGO boleh dikatakan sangat bermasalah.

Skin ini terlalu susah untuk dilihat semasa bermain sehingga pemain lain tidak akan sedar dimana musuh bersembunyi.

Malah, pada satu tahap musuh itu berada di hadapan tetapi anda tidak akan sedar.

Tidak dilupakan beberapa pertandingan profesional juga mengharamkan penggunaan skin ini.

Skin ini akhirnya sudah dibetulkan oleh Valve.

3. Skin Ember Rise – Rainbow Six Siege

Sama seperti masalah skin Shattered Web CSGO, skin Ember Rise ini mempunyai masalah terlalu bagus untuk bersembunyi.

Anda akan menghadapi kesukaran untuk melihat musuh di beberapa lokasi.

Musuh anda boleh dikatakan hampir halimunan.

Malah menurut G2 Pengu pemain profesional Rainbow Six Siege, skin ini memberi kelebihan sehingga organisai beliau memberikan wang semata-mata untuk membeli skin ini.

4.Skin Superhero Fortnite – Fortnite

Fortnite memang terkenal dengan skin yang pelik-pelik.

Tetapi Skin Superhero dengan kolaborasi Marvel membolehkan anda memilih apa sahaja warna yang anda mahu untuk karakter anda dengan hanya satu warna.

Hal ini membuatkan ramai pemain profesional menggunakan skin ini dan memggunakan warna hitam supaya lebih sukar untuk dilihat.

Akhirnya, Epic Games membuat warna skin ini perlu dicampur dari menggunakan satu warna sahaja.

5.Skin Project Ashe – League of Legends

Ashe menjadi antara champion mudah untuk digunakan dalam League of Legends.

Tetapi skin Project Ashe memberi masalah besar kerana hitbox Ultimate Project Ashe adalah lebih besar dari rupa arrow ultimate itu.

Malah Faker sendiri terkena Ultimate Ashe ini walaupun anda nampak ultimate itu sebenarnya tidak mengena.

Skin apa lagi yang boleh dikatakan Pay To Win dalam permainan video e-sukan?

Pernah tak anda beli skin-skin Pay To Win dalam mana-mana permainan video?