515 eParty: para peminat MLBB hasilkan lukisan bertemakan Raya Aidilfitri yang sangat menarik

By Burhanudin Zamri | May 2, 2020

Bermula pada 23 April sehingga 15 Mei 2020, Moonton mengadakan sebuah Pertandingan Seni Lukis bertemakan Raya Aidilfitri sempena sambutan 515 eParty Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Pada hari ini, mereka telah kongsikan beberapa lukisan yang dipilih.

Nampaknya ramai peminat MLBB telah menghasilkan dan menghantar lukisan masing-masing yang sangat menarik. Mereka menggabungkan suasana meriah di Hari Raya Aidilfitri bersama watak-watak dari MLBB.

Berikut adalah beberapa lukisan yang dikongsi oleh Moonton di laman rasmi Facebook MLBB:

Hebat sekali seni lukis yang dihasilkan para peminat MLBB! Walaubagaimanapun, pemenang untuk pertandingan ini masih belum dipilih dan hanya akan diumumkan pada 24 Mei 2020.

Jika anda rasa anda mempunyai bakat melukis, jangan terlepas peluang menyertai pertanding ini kerana anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti skin edisi terhad serta 10,000 Diamonds.

Untuk maklumat lanjut tentang Pertandingan Seni Lukis ini, sila layari laman Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.