7 e-sukan yang wajar masuk Olimpik

By Mike Hayate | July 29, 2021

Permainan video kompetitif atau dikenali sebagai e-sukan sewajarnya diiktiraf oleh Olimpik untuk membolehkan atlet-atlet e-sukan negara anda berlawan dengan pasukan dari negara lain sekali gus mencapai tahap kompetitif yang tinggi.

Permainan video adalah dalam kedudukan yang baik untuk para penonton. E-sukan profesional pula sudah membawa berjuta-juta peminat di serata dunia.

Tidak dilupakan begitu besarnya Dota 2 dan League of Legends dan juga Starcraft II di yang telah banyak memenuhi stadium-stadium besar serata dunia.

Jadi, apa jenis e-sukan yang patut masuk Olimpik?

Nota: Ini hanyalah sekadar pendapat peribadi penulis.

1. Dota 2

Dota 2 tidak lain tidak bukan menjadi tarikan ramai peminat genre MOBA. Penuh dengan aksi dan juga menjamin penonton yang ramai.

Ia membawakan permainan yang penuh dengan kehebatan pemainnya dan juga pelbagai jenis aksi yang tidak disangka.

Dota 2 juga setiap tahun menjadi kejutan orang ramai dengan jumlah wang hadiah terkumpul sebanyak AS$34,330,068 atau sebanyak RM136 juta pada tahun lepas bagi kejohanan dunia, The International.

2. League of Legends

League of Legends mempunyai jumlah pemain MOBA paling ramai di dunia. Peluang perniagaan juga dapat meningkat lebih banyak demografik dari luar.

Ia selalunya dibandingkan dengan Dota 2 tetapi League of Legends bukannya permainan yang dianggap lebih mudah.

Malah pembelajaran League of Legends memerlukan masa untuk menjadi yang terbaik.

3. Apex Legends

Apex Legends - The Next Evolution of Hero Shooter - Free to Play

Satu-satunya permainan battle royale yang layak untuk menjadi pembukaan battle royale di Olimpik.

Battle Royale sudah menjadi suatu kegilaan orang ramai apabila banyak permainan video seperti PUBG, Fortnite dan lain-lain muncul dengan genre baru ini.

Apex Legends pula antara battle royale yang penuh dengan kualiti dan penuh dengan aksi-aksi pantas dari karakter yang digelar Legends.

Setiap pasukan dari negara masing-masing sudah pasti akan memberi sedikit nafas baru apabila selama ini hanya MOBA sahaja dianggap permainan video yang sesuai untuk penonton melihatnya.

4. VALORANT

Kenapa Valorant bukan CSGO? Valorant kini semakin meningkat di dalam populariti, malah banyak pemain-pemain profesional CSGO berhijrah ke Valorant.

Cara permainan  Valorant sepantas CSGO tetapi dengan beberapa keunikannya sendiri.

Setiap karakter di dalam Valorant mempunyai kuasa dan keistimewaan masing.

Sudah pasti permainan FPS seperti ini akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba secara kompetitif.

5. Street Fighter

What does the future hold for Street Fighter 5? • Eurogamer.net

Jikalau sukan tinju dan gusti boleh ada di Olimpik, sudah semestinya permainan video berlawan perlu ada di Olimpik.

Street Fighter yang sudah mempunyai sejarah e-sukan yang besar untuk menarik ramai penonton seperti kejohanan EVO.

Tidak dilupakan tahap kebolehan setiap pemain juga akan berbeza-beza mengikut kebolehan dan dari karakter masing.

Dengan begitu banyak pemilihan karakter dan pemain yang menang perlu memperoleh kecekapan dalam masa yang tepat, pelaksanaan serangan belajar kombos.

Pemain-pemain berlatih beribu-ribu jam untuk menjadi pemain Street Fighter yang terbaik.

6. StarCraft II

StarCraft II Update - October 15, 2020 — StarCraft II — Blizzard News

Satu-satunya permainan video Real Time Strategy (RTS) yang boleh dikatakan terbaik di dalam sejarah.

StarCraft II boleh menyinar di persada Olimpik sebagai permainan video yang penuh dengan peperangan dan taktik yang sentiasa berubah-ubah seperti perang yang betul.

Pemain serata dunia juga bakal melihat kehebatan orang yang boleh membuat banyak benda pada satu masa dan apa yang lebih menakjubkan untuk Starcraft hal ini bukan mudah.

7. Rocket League

Rocket League is Free to Play on Epic Games Store Starting September 23

Apakata kita campurkan bola sepak dan juga berlumba. Rocket League membawa tema baru dengan kehebatan pemain untuk mengawal kereta bagi menjaringkan gol ke pihak lawan dengan mengawal bola yang lebih besar dari kereta.

Walaupun Rocket League tidak mempunyai pemain seramai  pemain lain, namun dengan adanya kereta pasti jenama kereta di luar sana akan menjadi penaja besar untuk Rocket League.

Rocket League walaupun tampak mudah tetapi memerlukan tahap kemahiran yang tinggi untuk bermain.

Setakat ini sahaja 7 permainan video yang patut masuk ke Olimpik nanti.

Harap-harap nanti pada masa hadapan e-sukan akan diiktiraf dan membuat kemunculan pertamanya di Olimpik.