DOTA 2: Solo Berehat Seketika, Jurulatih ArtStyle Akan Bermain Untuk Virtus.Pro

By Hazril Md Nor | December 4, 2017

Selepas berdepan kekalahan di DreamLeague, kejohanan Major Dota 2 terakhir tahun ini, Virtus Pro mengumumkan Aleksey ‘Solo’ Berezin akan berehat dari bertanding seketika bagi penghujung tahun ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Virtus Pro di laman twitter mereka termasuk klip video pendek Pengurus Besar, Roman Dvoryankin yang mengesahkan situasi itu.

“Beberapa bulan ini, ia memberi impak yang besar kepada kesemua pasukan kami. Selepas berakhirnya The International 2017, VP bercuti selama dua minggu. Kemudian mereka berpeindah ke bootcamp selama 3 bulan. Banyak sesi latihan dijalankan sepanjang tempoh ini dan sejujurnya ia memberi kesan kepada emosi dan fizikal pemain-pemain ini.

“Jadi, selepas berakhirnya Major (DreamLeague) ini, Alexei “Solo” Berezin dan saya memutuskan ArtStyle menggantikan tempat Alexei untuk bermain bersama yang lain di Macau dan LA,”

Ivan ‘ArtStyle’ menyertai Virtus.Pro sebagai jurulatih mereka pada Mac tahun ini. Beliau juga pernah mengambil bahagian dalam WESG Europen dan CIS regional qualifiers LAN finals bersama Vladimir ‘No[o]ne’ Minenko dan Ilya ‘Lil’ Ilyuk mewakili Team Ukrain.

ARTSTYLE. FOTO: CybBet.com

Solo dalam satu temubual berkata, VP mempunyai schedule yang sangat sibuk untuk akhir tahun ini dan pada Januari. Walaupun beliau menyukai travel dan bermain bersama pasukannya untuk banyak kejohanan, ia juga memberi impak terutama kepada keluarganya.

“Sejujurnya saya suka bermain Dota, tak kisah tournament mana pun. Saya sayang pada mereka (ahli pasukan) dan meluangkan masa bersama. Saya suka melancong, melihat dunia dari perspektif berbeza. Tapi sudah tentu ia sukar untuk isteri saya yang selalu menunggu kepulangan saya di rumah tapi untuk kelayakan WESG ini, dia hadir dengan saya jadi semuanya dalam keadaan baik.

“Saya juga bukan muda lagi dan tak tahu berapa lama lagi saya mampu bermain. Mungkin setahun atau dua tahun lagi? Jadi saya ingin manfaatkan masa ini sepenuhnya sebelum bersara,”

Virtus.Pro kini berada dalam kedudukan teratas di ranking Dota Pro Circuit dengan mata tertinggi diperoleh dari kemenangan di ESL One Hamburg dan tempat keempat di AMD SAPPHIRE DotaPit Minor.

Bagaimanapun, kekalahan awal di DreamLeague memberi laluan mudah kepada Team Secret meluncur laju ke ranking teratas dalam DCP.

Mengikut peraturan Valve, pemain VP akan mendapat 75% mata sementara stand-in akan mendapat 50% mata saja di MDL Macau dan Dota Summit 8.