Apex Legends Kumpul Seramai 200,000 Penonton Di Twitch – Lebih Tinggi Dari Fortnite

By Hazril Md Nor | February 7, 2019

Apex Legends, permainan Battle Royale baru keluaran pencipta Titanfall iaitu Respawn nampaknya berjaya meraih perhatian komuniti gaming seluruh dunia termasuklah di Twitch.

Ia menduduki tangga teratas dalam most-viewed catagories di mana lebih 200,000 penonton menyaksikan stream permainan video ini.

Ketika artikel ini ditulis, ia menyaksikan seramai 87,000 sedang menonton livestreams dan League of Legends mengikuti di belakang dengan bilangan penonton seramai 83,000. Pada awal pelancarannya, ia mempunyai seramai lebih 225,000 penonton dan Fortnite pula di belakang dengan 125,000 penonton.

Biasanya Fortnite dan League sentiasa di atas satu sama lain untuk kedudukan pertama dan kedua dan nampaknya Apex Legends melangkaui keduanya kali ini.

Ia adalah disebabkan Apex menjadi permainan battle royale baru diperkenalkan dan ramai streamer popular mencubanya. 

Streamer paling popular, Ninja juga kembali ke Twitch untuk mencuba Apex Legends selepas seminggu bercuti. Ia membawa seramai 54,000 penonton. Walaupun bilangannya sedikit berbanding kebiasaan, tapi angka ini cukup hebat untuk mempromosikan lagi permainan Battle Royale ini kepada ramai.

Salah satu milestone yang diraih permainan ini apabila mencatatkan lebih 2.5 juta pemain kurang dari 24 jam.

Apex Legends kini boleh dimainkan di PlayStation 4, PC dan Xbox One secara percuma.

 

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.