Saksikan Team Asbol, Lotac & Geek Fam Berentap Di Acer APAC Predator League Grand Final

By Hazril Md Nor | February 14, 2019

Tahun lepas, Geek Fam menjuarai Acer Predator League edisi pertama, siapa pula yang akan meneruskan kejayaan itu kali ini? Dengan penambahan PUBG sebagai e-sukan kedua, pastinya saingan lebih sengit kali ini!

Edisi 2019 ini bukan saja mengumpulkan lebih banyak negara serata Asia tapi juga menawarkan wang tunai terkumpul lebih tinggi sebanyak USD250,000 (kira-kira RM1 juta)!

Baca lanjut: Acer Predator League 2019 kembali

Bagi edisi kali ini yang diadakan di Bangkok, Thailand, ia mengumpulkan seramai 26 pasukan untuk Dota 2 dan PUBG malah untuk permainan Dota 2 saja mempunyai dua pasukan Malaysia iaitu Lotac dan Geek Fam sementara PUBG pula menyaksikan Team Asbol yang melepasi pusingan kelayakan tak lama dulu.

Baca lanjut: Lotac dan Asbol layak ke Acer Predator League 2019

Ini adalah senarai penuh bagi skuad Dota 2 dan PUBG yang bertanding di Acer Predator League 2019 Grand Finals dalam format best of three:

Dota 2:

Alpha Red (Thailand)

Flash Gaming (Myanmar)

X (Singapura)

PxXIINDOMIYUS (Sri Lanka)

YG (Mongolia)

Lotac & Geek Fam (Malaysia)

TNC Predator (Filipina)

Signify (India)

Boom.ID (Indonesia)

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)

Signature. Purple Mood & Pinto Gaming, Mith (Thailand)

Tag (Taiwan)

Sunsister Suicider’s (Jepun)

Ayson Esports (Singapura)

Gamehome Esports (Vietnam)

Asbol (Malaysia)

GSSM (Hong Kong)

MP5 (Macau)

Team Immunity (Australia)

Ark Angel (Filipina)

Aerowolf. Team Eight (Indonesia)

Afreeca Freecs (Korea)

Raptors (India)

Selain kedua e-sukan ini yang akan dipertandingkan di dalam stadium, juga ada konsert mini dari BNK48. Bagi korang yang berada di Bangkok, bolehlah mari ke Nimibutr Sport Building yang juga Stadium Nasional Bangkok bermula Jumaat hingga Ahad ini. Terdapat juga food truck dan cosplayer yang memeriahkan acara ini. 

Info lanjut boleh didapati di laman web Predator League dan livestreaming di Facebook Predator Gaming.