LifeAfter Adalah Mobile Game Macam Left 4 Dead

By Hazril Md Nor | March 1, 2019

Selalunya, kita mengidamkan permainan video yang betul-betul meletakkan karakter kita dalam dunia pasca apokalips yang dilanda wabak zombi. 

Dah ada, tengoklah Left 4 Dead, Call of Duty (mod Zombie), Killing Floor. Semuanya game multi-pemain yang memang best kalau main ramai-ramai dengan member baik.

Sekarang, kita tak perlu dah PC canggih semua tu sebab permainan mudah alih bertemakan zombi baru, LifeAfter akhirnya dikeluarkan di iOS dan Android pula. 

Dalam permainan mudah alih dibangunkan NetEase (Knives Out, Rules of Survival) ini, korang boleh belajar untuk crafting dengan mengumpul pelbagai sumber bagi mencipta peralatan dan juga struktur untuk korang terus hidup.

Semestinya selain kumpul dan memburu, korang akan ada misi lain yang boleh cuba. Seperti juga The Last of Us, bukan hanya zombi tapi manusia lain juga akan tetap menjadi musuh. Paling menarik, ada elemen kejutan di mana korang tak tahu kalau manusia ini akan serang dan cuba ambil barang ataupun memberi misi dan berkongsi loot.

Tak seperti permainan lain, zombi di dalamnya bergerak laju dan amat merbahaya lagi-lagi kalau ketua zombi (bayangkan saja filem 28 Weeks Later).

Korang boleh cuba muat turun permainan ini sekarang di iOS dan Android.