Pengguna Berkemungkinan Boleh Menukar Nama PSN Mereka Seawal Tahun Depan – Sony

By Hazril Md Nor | December 11, 2017

Boring dengan nickname PSN yang korang guna selama ini? Tahun depan korang tak perlu risau lagi kerana Sony mungkin akan memperkenalkan fungsi untuk mengubah nama pengguna PSN seawal tahun depan.

Dalam satu temu bual bersama Gamespot, wakil Sony mengumumkan perkara itu namun tidak mendedahkan tarikh rasmi bagi fungsi itu akan dimasukkan. Korang juga diminta jangan terlalu berharap kerana ia hanya kemungkinan setakat ini.

Bagaimanapun, memandangkan pengguna PSN mempunyai permintaan yang tinggi untuk ciri ini, tidak mustahil Sony akan mempertimbangkannya dan mengutamakan hak pengguna terlebih dulu (customer first!).