GPL Bangkok 2017: KLH Kalah Pada Pusingan “Knockout”

By gameon_admin | October 17, 2017

Disebalik kekalahan berturut-turut, Kuala Lumpur Hunters (KLH) harus memenangi empat perlawanan berikutnya jika mereka mahu mewakili Malaysia ke peringkat dunia. Pertaruhan yang sangat tinggi di dalam “Garena Premier League (GPL) dengan potensi 2 slot untuk ke peringkat dunia tetapi KLH tidak berjaya.

Perlawanan Pertama|KLH vs H2 : QapieL Tersepit

Mengambil kesempatan ke atas “Tank Meta”, ArrHedge mencatatkan pendahuluan yang baik di Galio dengan 5 pembunuhan sebelum 15 minit berakhir. Ketika pasukan “Headhunters” (H2) dari Indonesia mula menunjukan taringnya, KLH berjaya memintas kerana semua ahlinya sudah mula memahami antara satu sama lain dan fokus dalam strategi.

 

Perlawanan ke-2|KLH vs H2 : “The Hunter” Bangkit Semula

Dalam pusingan kedua, KLH menunjukan lebih banyak daya saing untuk memusmahkan H2. Pernah mengalami saat sukar di GPL, KLH Shiro menunjukkan semangat pejuang seorang pemburu sejati apabila Renektonnya berjaya mengambil Ninja Tabis, BOTRK dan Black Cleaver seawal minit ke 18. Tiada penamat disini apabila KLH berjaya menewaskan H2 untuk menuntut kemenangan kedua mereka dalam permainan ini. Kemenangan ini membawa KLH pada kedudukan kedua secara keseluruhan.

 

Terus ke pusingan ke-5 | KLH vs YG: Pengunduran Wakil Malaysia

GPL “Knockout” tidak lagi kelihatan, KLH bangkit menentang pasukan dari kumpulan pertama, Young Generations (YG) dari negara Vietnam. QaspieL di dalam hutan diurus dengan baik oleh perisik YG yang menyaksikan “jungler” Malaysia menghadapi saat sukar semasa serangan. Kedudukan yang kurang strategik dan beberapa pembelian yang kurang bijak dari KLH Shiro menunjukan permainan akan tamat dengan pantas. Walaupun mencuba untuk bertahan dan bersatu, pertahanan KLH akhirnya lemah membuatkan “YG” berjaya menduduki tempat teratas “Playoffs”. Semasa perlawanan akhir, TIME Filipina akhirnya mendapat tempat kedua ke peringkat kalah mati selepas menewaskan pasukan Singapura RSG.

 

Sumber: Garena Malaysia