Pengulas E-Sukan Ini Tonjol Bakat Di Luar Negara – Sampai Ke Abu Dhabi Perginya!

By Hazril Md Nor | March 18, 2019

Mungkin ada yang menganggap pengulas e-sukan hanya setakat menyertai acara di dalam negara dan susah nak mendapat tawaran di peringkat antarabangsa.
Perspektif itu perlu ditukar sama sekali apabila pengulas tempatan, Nik Harris ataupun The Hound membuktikan anak Malaysia mampu tempa nama di luar negara – kali ini di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Satu-satunya pengulas dari Malaysia di Mother of the Nation Festival, Abu Dhabi

The Hound berdiri setanding dengan pengulas lain seperti John Pee dari United Kingdom (paling kiri) dan Dawoud Sandstorm (tengah), anak jati Palestin tapi menetap di Ireland.

Nik dijemput sebagai pengulas di Mother of the Nation Festival, salah sebuah festival hiburan yang diadakan di Abu Dhabi dari 12 Mac hingga 23 Mac untuk mempromosikan hiburan tempatan, pertukaran budaya dan memperkasakan e-sukan di sana! Acara ini dianjurkan oleh Department of Culture and Tourism Abu Dhabi dengan kerjasama MET Events.

Ia menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AED 187,000 (RM207,400) kepada pemenang-pemenang!

Mengulas macam-macam judul e-sukan, dari Fortnite hinggalah Street Fighter!

 

Memang agak payah untuk mengulas pelbagai game yang berlangsung serentak tapi bagi Nik, dia lebih selesa untuk belajar tentang game tersebut dan ambil tahu istilah-istilah yang tertentu. “Seperti biasa, saya akan belajar mekanisme permainan dan istilah yang hanya ada dalam game itu saja,”

Festival itu juga membuka mata Nik kerana terdapat ramai bakat tempatan yang mengambil bahagian. “Terdapat ramai pemain berbakat tapi permainan bola sepak digital seperti FIFA adalah paling popular (crowd puller) dan juga CS:GO,” Nik juga berkata Malaysia mempunyai banyak acara (e-sukan) tapi kekurangan bakat ke kejohanan luar negara.

“Tapi untuk FIFA, AmTuah adalah contoh terbaik. Namun, kalau dinilai dari kemahiran, kita masih tak tahu macam mana tahap mereka sehinggalah mereka ditempatkan dalam satu pertandingan bersama bakat tempatan di sini,”

Di festival ini, ada beberapa tournament di semua platform (PC, konsol dan peranti pintar), termasuklah Fortnite, CS:GO, League of Legends, PUBG Mobile, Mobile Legends, FIFA 19, Super Smash Bros. Ultimate dan Street Fighter V.

Ia dihadiri oleh peminat-peminat permainan berkenaan dan pengunjung berpeluang mencabar KOL dari Arab Saudi iaitu Hassan & Hussein Mahfouz (pemain Rollerblade professional). 

Petah berbahasa Inggeris, memang sesuai sangat!

Keupayaan Nik untuk berbahasa Inggeris bukan saja memberinya tuah di dalam negara tapi juga di luar negara contohnya di Timur Tengah. Beliau sebelum ini pernah mengulas untuk beberapa kejohanan tempatan antaranya PUBG Mobile National Championship (PMNC), Liga Profesional Mobile Legends (MPL) dan PUBG SEA Championships. 

Cast MPL dalam Bahasa Inggeris

Bersama Ikuto dan Lin ketika mengulas untuk MPL

PUBG Malaysia National Championship bersama Qontra dan KBC Sensei

Kalau korang taknak terlepas untuk usha strim The Hound mengulas dalam bahasa Inggeris bagi #MOTN ini, boleh aje ke pautan Twitch ini.

Penulis ucapkan selamat maju jaya kepada The Hound sepanjang pengulasan ini dan moga lebih banyak acara antarabangsa membuka peluang kepada bakat tempatan kita cari rezeki di luar sana!