Keep Talking and Nobody Explodes: Game Kerjasama Padam Bom Bakal Tiba di Android & iOS

By Intan Mawarni | March 27, 2019

Keep Talking and Nobody Explodes dibangunkan oleh Steel Crate Games merupakan sebuah game co-op antara 2 hingga 4 pemain yang menggalas tanggungjawab berbeza untuk memadamkan bom sebelum bom itu meletup.

Hanya seorang sahaja boleh lihat bom (di bahagian kiri) dan orang lain kena tolong member yang tengah tengok bom melalui panduan panjang (di bahagian kanan gambar)

Cara untuk main game ini adalah pemain harus melihat kepada komponen bom tetapi yang tidak menyeronokkan adalah orang pandang bom tidak tahu bagaimana cara untuk memadam bom itu. Oleh itu, panduan dan arahan pemadaman bom lengkap hanya diberikan kepada pemain lain tanpa boleh melihat bom itu secara terus.

Secara ringkas, Keep Talking and Nobody Explodes semestinya memerlukan kerjasama penuh antara dua pihak bagi memastikan bom itu tidak meletup sebelum korang kehabisan masa. 

Sebelum ini, game mencabar dan berkemungkinan menghancurkan persahabatan ini dilancarkan untuk PC yang memerlukan sokongan VR tetapi sekarang, game ini sudah dikeluarkan di konsol seperti PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Kini, korang boleh memadamkan bom di mana-mana sahaja bersama rakan-rakan korang kerana Keep Talking and Nobody Explains bakal dilancarkan di Android dan iOS tanpa memerlukan kacamata VR.

Berbanding dengan kawalan PC, konsol dan VR, permainan di telefon pintar juga agak menyeronokkan kerana seorang pemain boleh tertumpu kepada satu skrin telefon pintar (seperti Nintendo Switch dipaparkan di video atas) dan sorokkan daripada pandangan orang yang membacakan manual padam bom itu.

Buat masa sekarang, tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan bagi Keep Talking and Nobody Explains versi mobile.

Sumber: Touch Arcade