PES 2019: Zeus Faidan Juara APL Musim Pertama

By Hazril Md Nor | April 1, 2019

Baru 16 tahun dah bergelar juara, hebat betul!

Rizky Faidan yang juga ahli kumpulan Zeus dari Indonesia berjaya menewaskan MSC Quanbi dari Vietnam dalam kejohanan Axis PES League (APL) di Quill City Mall, Kuala Lumpur semalam. Faidan turut bawa pulang wang tunai RM2,000 selaku juara. Korang boleh saksikan video ulangan perlawanan mereka di pautan di bawah:

Ini adalah senarai penuh pemenang APL semalam. Empat pemain teratas dari musim pertama ini layak ke grand final:

1. Zeus Faidan (Indonesia)
2. MSC Quan Bi (Vietnam)
3. Badut esport Sakti (Indonesia)
4. Badut esport Noydhit (Indonesia)

Liga Axis Esports ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM235,000 dalam lima pertandingan iaitu Arena of Valor League, Axis COD League (ACL), Axis PES League (APL), PUBG Mobile League dan Mobile Legends (MLBB League) yang menghimpunkan beberapa negara Asia Tenggara dan juga Asia. ACL dan APL diadakan selama 9 bulan di mana 3 LAN Playoffs dianjurkan untuk mencari pasukan dan pemain yang terbaik bagi melayakkan diri ke Grand Final.

Ia dianjurkan sempena Digital N8tion iaitu digital ecosystem tech show yang mengumpulkan atlet e-sukan terbaik di Malaysia terutamanya dalam permainan Pro Evolution Soccer dan juga Call of Duty.