PlayStation Plus: Dapatkan The Surge & What Remains of Edith Finch Secara Percuma Untuk April 2019

By Intan Mawarni | April 2, 2019

Bulan April sudah pun bermula! Setiap bulan, pelanggan PlayStation Plus menantikan game percuma apa yang bakal disajikan.

Bukan sahaja Sony mengeluarkan keychain konsol PlayStation 1 edisi terhad sempena ulangtahun ke-25 (jangan percaya bulat-bulat), jom kita lihat senarai game percuma yang boleh dimuat turun dari 4 April sehingga 8 Mei.

  • The Surge (PS4)
  • What Remains of Edith Finch (PS4)
  • Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2 (PS4)

Bagi mereka belum lagi dapatkan Call of Duty: Modern Warfare Remastered percuma dan banyak lagi, korang boleh rujuk senarai game percuma PS Plus untuk bulan lepas dan pastikan korang muat turun sebelum tiba 3 April 2019!

Sumber: PlayStation Asia