Sony Mengesahkan Fungsi Pertukaran Nama PSN Akan Tetap Hadir

By Hazril Md Nor | April 2, 2019

Selain pengumumkan return policy untuk PlayStation Store yang membolehkan pengguna membatalkan pra-tempah permainan digital dan menerima kembali wang dalam masa 14 hari (jika game itu belum dimuat turun), Sony juga berkata yang pertukaran nama PSN akan datang tidak lama lagi walaupun mereka tak mendedahkan info lanjut.

Di PlayStation.com, ada seksyen yang bertajuk “Change of Online ID” yang menunjukkan korang tak boleh batal atau dibayar semula bagi pembelian kerana menukar online ID. Bermaksud, kalau korang beli game dan kemudian menukar online ID, korang tak boleh menerima satu sen pun.

Yang paling menarik, perubahan ini menandakan Sony tak ingin korang menukar nama dan mungkin sistem pertukaran nama akan hadir tak lama lagi?

Apa saja yang terjadi, beberapa peminat dah pun risau kalau fungsi ini hanya sekadar omong kosong saja dan takkan jadi kenyataan.

Seperti yang korang tahu, fungsi ini dah lama dinantikan peminat walaupun ada beberapa kekurangan berupa khabar angin seperti pengguna mungkin kehilangan trofi dan juga permainan digital tak akan keluar di paparan library.

Sumber: Comicbook