CS:GO: FrostFire Layak Ke Charleroi Esports Dengan Prize Pool RM461,000, Menggantikan BOOT-d[S]

By Hazril Md Nor | April 4, 2019

Selepas mempamerkan prestasi yang hebat hingga ke grand final di pusingan kelayakan Asia berdepan FrostFire bagi kejohanan Charleroi Esports yang akan dianjurkan di Belgium, BOOT-d[S] dari Singapura bagaimanapun gagal untuk melayakkan diri ke kejohanan itu atas masalah tertentu.

Oleh itu, pasukan FrostFire selaku finalis kedua akan menggantikan slot mereka pada 12 hingga 14 April ini dan berpeluang merebut hadiah wang tunai terkumpul USD113,000 (RM461,000).

Mereka diwakili oleh Aiman “aimaNNN” Azham, Ashraf “acAp” Firdaus, Shamir “Subbey” Zaman, Mohd “Avirity” Arsad dan Affiq “Nutr1xNTC” Affendy.

Dalam pusingan sengit yang berlangsung pada 22 Mac lalu, FrostFire cuba sehabik baik untuk mendekatkan kedudukan namun terpaksa akur dengan skor 9-16 di peta Mirage dan 11-16 di peta Inferno lalu tewas 2-0. Namun, apa yang pasti dengan peluang ini mereka harus lebih bersedia memandangkan skuad yang hebat dan dikenali dalam arena CS:GO, Virtus.Pro dan G2 turut sama menyertai sebagai direct invited.

Selain kedua skuad Eropah ini, skuad Sprout dan Epsilon dari Eropah turut sama layak manakala Gamer Legion, LDLC dan Vitality menerima jemputan terus.

Sudah lama tidak menyaksikan FrostFire bertanding dalam kejohanan prize pool setinggi ini dalam CS:GO dan pastinya ia adalah pengalaman baru dan menarik bagi keseluruhan ahli pasukan dan memotivasikan mereka buat yang terbaik nanti. Semoga berjaya!

Info lanjut mengenai tournament Charleroi Esports boleh didapati di LINK ini.