Vainglory: Mod 5 Vs 5 Akan Hadir Pada Februari 2018

By Hazril Md Nor | December 18, 2017

Semua orang tahu Arena of Valor dan Mobile Legends memang popular dengan konsep 5 lawan 5. Tapi pembangun Vainglory, Super Evil Megacorp pun taknak terlepas peluang untuk perkenalkan konsep sama dalam MOBA 3 V 3 mereka.

Pengumuman itu dibuat di Razer 2017 Vainglory World Championship yang berlangsung di Singapura. Ciri baru 5 VS 5 itu tak lama lagi akan datang di Vainglory pada Februari 2018. 

Idea ini bukanlah sesuatu yang baru sebab dah banyak Mobile MOBA dengan konsep 5 VS 5. Tapi kali ini Super Evil Megacorp ingin langkah lebih ke depan dengan pembaharuan berikut:

  1. Vainglory E.V.I.L game engine menyokong peranti yang sudah lama dikeluarkan seperti iPhone 4 dan Samsung Galaxy S3
  2. Dimainkan pada kadar 120 FPS jadi peranti macam Razer Phone sangat sesuai untuknya
  3. Ciri baru di Mobile MOBA iaitu Fog of War bermakna korang tak lagi nampak dengan jelas kedudukan setiap objek di dalam peta tanpa pergi ke lokasi tu. Ini menggalakkan taktikal dan strategi baru kepada perlawanan.
  4. Kraken digantikan dengan 2 naga iaitu Blackclaw dan Ghostwing. Blackclaw akan berperanan seperti Kraken manakala Ghostwing akan memberikan buff kepada team korang jika ditewaskan. Macam ala-ala Baron buff (LOL) dan Dark Slayer buff (AOV).
  5. Terdapat arus di sungai yang membolehkan hero korang bergerak lebih laju sekali gus meningkatkan peluang untuk gank di top dan bottom lane.

Tapi melihat kepada pembaharuan ini, mod biasa 3 VS 3 pun dah memakan masa hampir 30 minit. Jadi macam mana pula dengan 5 lawan 5? Dengan penambahan 2 naga mungkin ia memakan masa lebih daripada itu.

Apa pun, kipas susah mati Vainglory semua, ini lah masanya korang bersorak sebab tak lama lagi mod yang korang nanti-nantikan ni akan tiba pada tahun depan! Untuk peminat AOV dan ML pulak, ada rasa-rasa nak switch ke Vainglory tak? hehehehe (gelak jahat).