PUBG Mobile: Ini 4 Info Penting Korang Perlu Tahu Tentang Liga Asia Tenggara (PMCO)

By Hazril Md Nor | May 9, 2019

Sebelum ini, 5 wakil Malaysia sudah pun dipilih untuk bermain di Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) selama lima minggu di Shanghai, China iaitu pada 8 Mei hinggalah 9 Jun nanti.

Mereka adalah:

Junior Talent
Victorious In Play (VIP)
Yoodo Gank
AROV Esports
Team Secret

Artikel berkaitan: 5 skuad ini bersedia kibar Jalur Gemilang di Shanghai, China

 

1. Liga bermula selama 5 minggu

Sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara bertanding dan pecahan negara adalah seperti berikut: Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina. 20 pasukan sudah pun dipilih melalui pusingan kelayakan peringkat negara dan empat lagi pula dari wild card.

Dalam liga ini, mereka akan dipecahkan kepada tiga kumpulan seperti berikut:

Bagi kumpulan A, wakil Malaysia, Victorious In Play (ViP) bertanding bersama empat pasukan Thailand yang semuanya hebat-hebat belaka! Mereka adalah Purple mood, Illuminate The Murder, Goldencat dan NaRok Gaming.

AROV Esports pula masih perlu bertemu skuad hebat dari Thailand juga iaitu RRQ Athena bersama 6 lagi skuad lain (3 daripadanya adalah dari Vietnam).

Di kumpulan C boleh disaksikan ‘Malaysian Stacks’ di mana tiga wakil negara, Team Secret (Genexsus), Junior Talent dan Yoodo Gank akan berentap.

 

2. Berapa Prizepool untuk liga ini?

Mengikut sumber daripada Liquipedia yang sentiasa dikemaskini, ia mengumpulkan sebanyak USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Selain itu bagi skuad yang mendapat MVP pada minggu tersebut, mereka akan menerima USD$1,000 (RM4,100).

 

3. Macam mana perlawanan dimainkan?

Korang boleh rujuk jadual di atas untuk waktu-waktu perlawanan akan berlangsung. Bagi livestream pula, ia akan dibuat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Youtube: Bahasa Inggeris, KLIK SINI

Facebook: Bahasa Melayu, KLIK SINI

Perlawanan akan dimainkan dalam empat peta ketika hari biasa dan 6 peta pada hari minggu.

Hari Rabu: A vs B

Hari Khamis: B vs C

Hari Jumaat: C vs A

Sabtu dan Ahad: Semua kumpulan akan bermain 2 perlawanan antara satu sama lain.

 

4. Lepas liga ni, apa pulak?

Top 12 yang mencatatkan mata tertinggi selepas lima minggu akan layak ke SEA Spring Championship di Jakarta, Indonesia pada 14 Jun ini hingga 16 Jun. Selain itu, top 4 dari setiap empat negara iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia dan Vietnam (bermaksud satu pasukan untuk satu negara) juga layak ke Indonesia nanti.

Ia mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD$105,200 (RM435,000).

Dari Spring Championship ini akan dipilih siapa layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!