Valve Akan Keluarkan Game Baru? Didaftarkan Sebagai “Dota Underlords”

By Hazril Md Nor | May 17, 2019

Pada awal bulan Mei, Valve memfailkan satu judul hak cipta dinamakan “Dota Underlords” yang dikategorikan sebagai “perisian permainan Komputer; perisian permainan Elektronik; perisian permainan Video”.

Tiada maklumat lanjut tentang projek terbaru Valve ini tapi dengan Artifact yang masih menunggu pembangun untuk redesign dan melancarkannya kembali, Dota Underlords mungkin juga digelar Artifact 2.0. Setakat ini, khabar angin ini boleh dikaitkan juga dengan custom game Dota 2 iaitu Auto Chess. Kalau begitu, “Dota Underlords” mungkin akan jadi judul di PC ataupun versi Dota Auto Chess kepunyaan Valve di peranti pintar.

Satu lagi teori ialah Valve membukan pra-tempah untuk Index VR dan tak mustahil Dota Underlords juga akan hadir sebagai judul baru namun direka khusus untuk VR (peranti realiti maya). 

Buat masa ini, peminat Valve masih menantikan info tentang The International, kejohanan dunia Dota 2 yang memasuki edisi kesembilan kali ini.

Ia akan diadakan pada 20-25 Ogos di Mercedes-Benz Arena di Shanghai, China dan sudah mengumpulkan sebanyak USD$12 juta prizepool sehingga hari ini manakala rekod pertama kalinya  adalah USD$7 juta dalam masa 24 jam.

Sumber: VP Esports