Mod Seakan PUBG Akan Dibangunkan Untuk CS:GO – Betul Ke Tak Ni?

By Hazril Md Nor | December 20, 2017

Mod Battle Royale memang popular, lihat saja fenomena dicetuskan oleh PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang pernah mencatatkan angka tertinggi active players di Steam. 

Nampaknya populariti itu memberi idea kepada Valve untuk memperkenalkan mod baru iaitu Survival untuk game Counter Strike: Global Offensive (CS:GO). Tapi sekatat ni, hanya khabar angin saja!

Channel di Youtube, Valve News Network memberitahu kaitan antara update dan patch sejak Mei tahun lalu bagi CS:GO. Di dalamnya, pelbagai elemen dan ciri permainan seperti bahan letupa, alatan medik, busur, pertempuran bare-handed dan satu map pulau iaitu survival_island ada ditemui.

 

Walaupun genre Battle Royale dah lama diperkenalkan oleh H1Z1 dan DayZ, PUBG berjaya mempopularkan genre itu sehingga hari ini di seluruh dunia.

Kalau ia menjadi kenyataan, korang rasa patut ke CS:GO ada mod macam ni?