Ketagihan Video Game Diklasifikasikan Sebagai Penyakit, Menurut WHO

By Intan Mawarni | May 27, 2019

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan gejala ketagihan bermain game (gaming disorder) sebagai satu penyakit. Pada tahun lepas, perkara sama juga dibangkitkan tetapi pihak WHO mengkaji semula kesan-kesan game sebelum dimasukkan ke dalam penyemakan klasifikasi penyakit rasmi ke-11 (ICD-11).

Seramai 194 ahli WHO sebulat suara bersetuju untuk menyertakan ketagihan bermain game setelah selesai rombakan ICD-11 ketika pada perhimpunan kesihatan dunia ke-72 pada minggu lepas.

Apa makna ketagihan game kepada WHO?

Menurut WHO, ketagihan game ini merujuk kepada tiga keadaan iaitu:

  • hilang kawalan terhadap game
  • taksub kepada bermain game sehingga mengabaikan aktiviti harian
  • bermain game secara berterusan walaupun wujud akibat-akibat negatif

Untuk mengesahkan seseorang untuk didiagnos oleh ketagihan video game, individu itu mempersembahkan gejala-gejala di atas sehingga mengakibatkan impak serius terhadap kehidupan peribadi, sosial, pendidikan, pekerjaan profesional dan faktor lain dan telah berlanjutan sekurang-kurangnya 12 bulan atau lebih lama.

Apa pandangan organisasi video game?

Berikutan dengan pengumuman keputusan ini, rata-rata organisasi tidak bersetuju dengan tindakan WHO. Menurut satu kenyataan rasmi oleh badan-badan video game sedunia seperti ESA (Amerika Syarikat), ISFE (Eropah) dan K Games (Korea Selatan), mereka menolak keras keputusan WHO yang berlandaskan “tanpa persetujuan oleh komuniti akademik.”

Dalam kenyataan itu, tindakan ini boleh mendatangkan banyak kemudaratan kepada mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan pakar.

Lanjutan daripada kenyataan sama, “Kami menyokong bermain game secara sihat dengan menyalurkan informasi seperti kawalan ibu bapa yang digunapakai di seluruh dunia bagi menguruskan masa permainan dan memastikan ia seronok dan berkualiti.

“Seperti apa yang telah diterapkan dalam semua elemen dalam kehidupan, kesederhanaan adalah kunci utama dan bagi untuk mencari keseimbangan yang sesuai memainkan peranan besar dalam permainan secara selamat dan wajar.”

Tentangan untuk rujuk semula penyakit ketagihan video game

Meskipun organisasi video game terkemuka meminta untuk tarik kembali klasifikasi ini, ketagihan video game adalah satu penyakit yang telah dipersetujui oleh ahli WHO untuk disertakan dalam ICD-11. Klasifikasi ini akan sah pada 1 Januari 2022.

Pihak WHO berkata keputusan ini diambil berdasarkan penilaian ke atas bukti-bukti yang tersedia dan dicerminkan dalam persetujuan pakar-pakar terdiri daripada pelbagai bidang dan negara.

Sejurus dengan itu, kemasukan ketagihan video game ke dalam ICD-11 ini mengikuti rangka program rawatan untuk individu yang menghadapi gejala kesihatan yang sama dengan ciri-ciri ketagihan video game dari seluruh dunia. Ini juga meningkatkan kesedaran pakar-pakar perubatan profesional terhadap risiko ketagihan kepada arah pencegahan dan rawatan sesuai.

Memandangkan ini adalah satu perkara serius, CEO Sony juga menyahut seluruh industri video game untuk mempromosikan langkah-langkah proaktif terhadap gaming secara sihat (healthy gaming) sebelum WHO mengesahkan ketagihan video game sebagai penyakit.

Pihak Microsoft turut menyuarakan kebimbangan terhadap ketagihan video game, kotak tikam dan keselamatan pengguna secara online kepada Telegraph.

Beberapa game juga mengambil initiatif untuk meningkatkan gaming secara sihat seperti PUBG Mobile iaitu mengeluarkan mesej bagi mengingatkan pemain untuk berehat daripada bermain buat sementara.

Sumber: Gamespot dan GamesIndustry.biz