Mobile Legends: MSC 2019 Akan Dianjurkan Di Manila, Filipina Pada 19 Jun Ini

By Hazril Md Nor | May 28, 2019

Nampaknya kejohanan epik Mobile Legends peringkat Asia Tenggara kini kembali!

Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang  (MSC) akan hadir ke Manila, Filipina pada 19 Jun hingga 23 Jun ini dengan jumlah hadiah wang tunai terkumpul ₱6.26M (RM500,000).

Ia akan berlangsung di SMART Araneta Coliseum dan dikatakan akan menjadi acara MLBB terbesar di Filipina. 

Team mana yang akan bertanding nanti?

MSC 2019 membariskan 12 pasukan yang dijemput secara terus dari sembilan negara Asia Tenggara.  Bagi Myanmar, Filipina dan Indonesia yang mempunyai liga profesional (MPL) mereka sendiri, akan menghantar 2 pasukan dan Singapura/Malaysia hanya 1 pasukan. Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja pula menghantar satu pasukan yang memenangi pusingan kelayakan tempatan.

Malaysia: 

Singapura:

Indonesia:

Filipina: 

Myanmar:

Kemboja:

Thailand:

Laos:

Vietnam:

Bila pertandingan ni akan berlangsung?

Peringkat kumpulan akan dimulakan pada 19 dan 20 Jun di mana ia akan menentukan siapa akan ke upper bracket pada playoffs

Playoffs pula akan bermula pada 21 hingga 23 Jun 2019 di SMART Araneta Coliseum.

Korang boleh rujuk di laman Facebook rasmi MLBB untuk info lanjut dan kemaskini mengenai kejohanan ini.