PMCO: Ini Dia 3 Skuad Malaysia Yang Layak Ke Jakarta, Indonesia

By Hazril Md Nor | June 9, 2019

Selepas bertungkus lumus berperang di alam maya dan merebut kedudukan 16 teratas, akhirnya tiga skuad PUBG Mobile ini berjaya merebut slot mereka ke Jakarta, Indonesia untuk Kejohanan Asia Tenggara PMCO pada 22 Jun hingga 23 Jun ini! Tahniah diucapkan!

ViP Squad, Yoodo Gank dan Team Secret masing-masing bertarung bersama dua lagi wakil Malaysia, Junior Talent dan AROV Esports serta beberapa pasukan dari negera lain dalam liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) di Shanghai, China selama lima minggu. 

Mereka berdepan bermacam-macam cabaran antaranya perlu berpuasa di bulan Ramadan, berhari raya Aidilfitri tanpa keluarga dan cabaran dari segi mental serta fizikal. Tahniah juga diucapkan kepada Junior Talent dan AROV kerana mempamerkan prestasi baik sepanjang liga ini.

Yoodo Gank

Mereka antara skuad yang paling konsisten sepanjang liga ini, mempamerkan prestasi mengagumkan setiap minggu kecuali minggu ketiga yang mana pasukan Malaysia kurang menyerlah semuanya. Sepanjang musim liga, mereka berjaya membolot keseluruhan 4 Chicken Dinner dan merapatkan mata dengan pasukan dari negara Asia Tenggara lain.

Yoodo Gank juga adalah skuad Malaysia pertama diumum layak ke Jakarta, Indonesia selepas meraih kedudukan ke-12 semalam, menjadi yang terbaik dalam national four.

Artikel berkaitan: WWCD ke-12 buat Malaysia

Artikel berkaitan: Yoodo Gank terus cemerlang

Artikel berkaitan: Chicken Dinner ke-3 buat mereka

Artikel berkaitan: WWCD pertama milik Malaysia

 

ViP Squad

Walaupun hanya memperoleh satu WWCD sahaja sepanjang liga ini, tak dinafikan ViP Squad mempamerkan prestasi cemerlang dengan placing yang tidak kurang hebat bagi setiap perlawanan berlangsung. 

Mereka juga antara skuad yang banyak menerima kecaman daripada peminat namun ia tak menjatuhkan moral dan semangat mereka sebagai satu pasukan!

Artikel berkaitan: WWCD pertama untuk ViP

 

Team Secret

Pada minggu awal, mereka kurang menyerlah. Entah kenapa, prestasi mereka agak merudum pada minggu pertama. Namun, selepas itu Team Secret perlahan-lahan bangkit dan cuba membuktikan mereka adalah pemain hebat sesuai dengan status organisasi dinaungi mereka.

Sejak minggu kedua hingga akhir, Team Secret banyak bereksperimentasi dan akhirnya membuktikan mereka juga layak berdiri di kedudukan 16 teratas.

Artikel berkaitan: WWCD ke-11 buat Malaysia

Artikel berkaitan: Malaysia dahagakan Chicken Dinner

Artikel berkaitan: Team Secret rebut WWCD ketiga

Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Kejohanan Spring Championship di Jakarta Indonesia ini mempertandingkan wang tunai terkumpul RM435,000 dan akan menentukan siapa layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!

Gambar featured image: Junior Talent facebook

Liputan ini dibawakan khas oleh: