PUBG Mobile Mencecah 400 Juta Downloads, Menambah Mod Deathmatch 4 Lawan 4

By Hazril Md Nor | June 13, 2019

Sempena kejayaan PUBG Mobile menerima 400 juta downloads dan 50 juta pengguna aktif setiap hari, Tencent Games melancarkan kemaskini terbaru yang membawakan mod 4 lawan 4, peta baru, custom skins dan settings yang boleh diubah suai lebih lanjut.

Kemaskini 0.13.0 ini juga menambah control settings berasingan untuk mod pandang pertama dan third person. Selain itu, terdapat sistem baru yang memfokuskan kepada pencegahan third-party cheat. Korang juga boleh menggunakan tema eksklusif Godzilla: King of the Monsters di lobi.

Sekarang juga terdapat skin zombi baru dalam mod Survive Till Dawn dan Darkest Night selain penambahbaikan pada item management. Korang dah boleh download update ini sekarang di App Store dan Google Play.

Sumber: GSMArena