Xiaomi Lancar Mi 9T Dengan 48 Megapiksel AI Triple Camera – Bermula RM1,199

By Hazril Md Nor | June 20, 2019

Xiaomi hari ini mengumumkan peranti terbaru mereka, Mi 9T dengan 48 megapiksel AI triple camera!

Menariknya, kamera ini mempunyai lensa resolusi ultra-tinggi 48MP, lensa ultra-wide 13MP dengan 124.8 field of view, 8MP lensa telephoto dengan keupayaan 2x zoom dan juga 20MP kamera swafoto yang boleh pop-up bagi yang bergemar untuk selfie bersama kawan-kawan. Boleh tahan sehingga 300,000 kali!

Lebih menarik, ia juga mempunyai skrin penuh tanpa notch 6.39 inci paparan AMOLED HD Penuh dan menggunakan teknologi nano-holografik serta kombinasi bersama 3D glass dan kerangka yang nipis untuk pengalaman memegang peranti dengan lebih selesa. Cantik!

Peranti ini juga hadir dengan bateri tahan lama, 4,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Walaupun tiada kad SD disertakan, ia mempunyai pemgimbasan cap jari di dalam skrin dan juga 3.5 mm headphone jack. Ia juga mempunyai cip pemprosesan Snapdragon 730.

9T juga hadir dengan Sunlight mode 2.0 dan Reading Mode 2.0 untuk paparan lebih jelas di bawah cahaya matahari dan ketika membaca atau browse laman web. 

Bagi versi 6GB RAM + 64GB, ia akan dijual dengan harga RM1,199 manakala versi 6GB RAM + 128GB, ia dijual dengan harga RM1,399. 

Pra tempah di Lazada bermula hari ini hingga 24 Jun ini dengan harga RM1,099 bagi versi 6GB RAM + 64GB dan dapatkan peranti ini lebih murah yang mana flash sale akan dimulakan pada 25 Jun bermula 10 pagi di Lazada.

Ia didatangkan dengan tiga warna iaitu Glacier Blue, Flame Red, Carbon Black.