PMCO: ‘Perjuangan Kami Belum Tamat’ – Yoodo Gank

By Hazril Md Nor | June 24, 2019

Yoodo Gank adalah salah satu skuad Malaysia yang layak ke kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia.

Walaupun mendapat placing agak baik berbanding skuad Malaysia lain ketika musim liga, strategi mereka seolah kurang berkesan di Grand Finals kali ini.

Selain mereka, VIP Squad juga kurang menyinar kerana tidak konsisten walaupun memperoleh dua Chicken Dinner. Tapi kalah menang memang adat permainan. Meskipun tidak layak ke Global Finals, Yoodo Gank tak terus pandang ke bawah tapi mereka bangkit dan sudah mula membuat persediaan untuk kejohanan seterusnya.

Artikel berkaitan: Team Secret layak ke global finals PMCO

“Sampai di Malaysia, kami akan buat post mortem untuk acara lepas dan pasukan-pasukan bermain di dalamnya.

“Kami akan cari mana yang silap dan cuba betulkan punca utama terjadi kesilapan itu. Dari situ, kami akan terus memperbaiki mutu persembahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Gank, Kevin Wong.

Kata Kevin, kejohanan seterusnya yang akan disertai adalah PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2019 pada 13 dan 14 Julai yang mana mereka mendapat jemputan terus bersama 3 lagi skuad profesional lain.

“Kami akan bermain di PMNC 2019 Finals dan membuat persiapan awal dengan mengkaji kembali klip-klip video daripada pusingan kelayakan bagi mengenal pasti pasukan yang sudah layak ke final,”

Dalam kejohanan mempertandingkan prize pool RM114,000 itu, ia menyaksikan 12 pasukan dari enam lokasi iaitu Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor akan berentap bersama 4 skuad direct invited

Terdahulu, Yoodo Gank (ketika itu digelar sebagai Gank) menjuarai PMNC 2018 dan membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi. Info lanjut di http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC2019/

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Gambar featured image: FB Gank.Fty