PUBG Mobile: [RASMI] Tiada Youtuber Malaysia Untuk PMSC 2019

By Hazril Md Nor | July 3, 2019

PUBG Mobile Star Challenge 2019 tak akan menyertakan mana-mana Youtuber tanah air. 

Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur kejohanan tersebut, VSPN menerusi e-mel kepada penulis. Lebih menyokong bukti ini, tiada kelibat Youtubers dari Malaysia di laman web pengundian bintang PMSC 2019: https://pmsc.pubgmobile.com/

Rata-rata bintang yang berada dalam senarai tersebut datang dari pelbagai negara antaranya India, Russia, Indonesia dan lain-lain. VSPN bagaimanapun tidak memberi maklumbalas mengapa Youtuber Malaysia contohnya seperti BiuBiu yang tidak terpilih untuk bertanding.

Atau mungkin saja sebenarnya Team Secret diajak secara terus ke kejohanan tersebut sebagai pasukan profesional? Masih menjadi tanda tanya.

Tak seperti kejohanan PUBG Mobile yang lain, PMSC dikhaskan untuk content creators saja dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD$250,000 (RM1.03 juta).

Ia akan mengumpulkan 32 gaming creators dari seluruh dunia dan hanya 16 teratas yang mendapat undian tertinggi saja boleh mencipta skuad dan bermain dalam kejohanan ini bersama 48 pemain profesional PUBG Mobile yang lain.

PMSC Finals tahun lepas diadakan di Dubai dan mempunyai 20 finalis dari lebih 10 rantau. Kejohanan itu dimenangi oleh RRQ Athena bersama trofi dan cek bernilai USD600,000.

Walaupun prizepool kali ini lebih kecil tapi pastinya ramai yang takkan melepaskan peluang. Korang dah boleh mula undi untuk gaming creator kegemaran korang!