PUBG Mobile: Korang Pemain Baru? Ini Adalah Tips Untuk Lokasi Terjun Dan Survive Di Erangel

By Hazril Md Nor | July 11, 2019

Demam PUBG Mobile makin menjadi-jadi dengan 10 juta pemain yang aktif. Ini bermaksud korang boleh main setiap game tanpa mengira waktu.

Tapi kalau main lama-lama tanpa taktik dan strategi yang betul pun tak guna juga kan? Setiap perlawanan perlukan penelitian dan asas kefahaman pada setiap peta yang dimainkan contohnya Erangel, peta yang awal-awalnya kita kenal.

Boleh dikatakan pemain PUBG Mobile yang berpengalaman akan tahu di mana lokasi untuk terjun setiap kali perlawanan. Kalau korang baru nak main, anggaplah ni macam panduan untuk terus bertahan dan menang perlawanan di peta tersebut.

 

Cari lokasi baik untuk terjun

Erangel adalah peta besar yang menggabungkan kawasan urban dan open space seperti hutan, bukit dan padang. Skala dan kepelbagaian bentuk muka bumi antara sebab kenapa ia masih lagi menjadi peta popular dalam permainan mudah alih ini.

Di mana korang terjun akan menjadi penentu untuk terus hidup di peta ini. Penting untuk korang cari lokasi selamat nak loot sebelum musuh datang dekat dan ia bergantung juga kepada tuah dan strategi. Tempat paling baik untuk loot ialah Pochinkithe School dan Military Base – bermakna ia juga adalah lokasi paling popular untuk pemain terjun dan korang akan saksikan pertempuran berlaku dalam lima minit pertama.

Kalau korang yakin dengan cara main dan nak dapatkan kills awal-awal, ini lah tempatnya. Korang akan dapat lebih experience dan akan ganjaran kalau hidup lebih lama jadi lebih baik untuk turun ke tempat yang kurang popular. Contohnya The Mansion, Prison dan kontena kapal di selatan Georgopol yang jarang orang turun (kerana kurang senjata dan gear hebat).

Satu lagi yang korang perlu ambil perhatian ialah haluan kapal terbang. Lokasi yang sejajar dengan haluan ini biasanya akan lebih ramai orang terjun jadi korang boleh lari sejauh mungkin kalau terjun dari arah bertentangan. Jangan pula jatuh dalam air!

Yang paling selamat adalah kawasan tepi pantai jadi korang boleh selamatkan diri bila-bila masa. Ini adalah cara untuk pemain baru yang ingin selamat lebih lama dalam permainan.

 

Jangan bar-bar kalau tak yakin

Ramai yang terbabas awal dalam permainan kerana terlebih confident dalam pertarungan. Teknik barbar (tembak jarak dekat tanpa perlindungan) adalah berisiko tapi ganjaran dia besar.

Namun, sebagai pemain baru, korang perlu engage hanya bila yakin boleh dapat kill itu. Kalau dari jarak jauh pun, sebenarnya menduga juga untuk snipe tapi korang boleh dedahkan lokasi kepada pemain lain berdekatan.

Pemain PUBG Mobile yang handal akan guna notifikasi peta untuk tahu di mana tembakan datang dan macam mana nak jejak tapak kaki pemain lain. 

 

Cabaran Royale Pass

Samada korang buat cabaran Royale Pass ataupun tak, bagi pemain lain, ini mungkin dikejar-kejar oleh mereka. Sebagai contoh, cabaran mingguan yang perlu disiapkan di Pochinki bermaksud korang boleh nampak lebih ramai pemain yang cuba terjun di kawasan itu.

Bukan semua orang ingin siapkan cabaran ini tapi kalau korang tahu apa jenis cabarannya, korang boleh elak dari berada di lokasi yang perlu dimainkan dalam cabaran Royale Pass.

 

Tip-tip lain

PUBG Mobile boleh menjadi game yang agak ‘kejam’ kalau korang masih baru dan tak tau nak buat apa. Pemain lebih berpengalaman tahu macam mana nak main di setiap peta mengikut kesesuaian sendiri jadi ini adalah strategi biasa korang boleh ikut:

Belajar untuk jejak musuh: Cara paling menarik untuk dapat kills dan menang adalah dengan membuat kejutan kepada musuh. Kalau korang boleh jejak mereka dari jarak jauh sebelum mereka nampak korang, korang boleh snipe dan tembak dari arah tak diduga. Itu sebabnya korang kena tahu manfaatkan look mode, ikon mata di arah kanan skrin. Korang boleh setkan karakter untuk lari ke arah zon selamat menggunakan look feature dan scan musuh. Dengan mempelajari teknik ini dan penggunaan notifikasi peta yang berkesan, korang boleh buay kejutan pada musuh.

Terus bertindak dan cari perlindungan: Kalau korang ditembak dan tak tahu dari arah mana, cepat-cepat cari perlindungan. Kalau korang berlari di kawasan berumput, guna teknik prone dan mengengsot dan guna look icon untuk mencari di mana arah tembakan. Kalau ada pondok berdekatan, korang boleh masuk ke dalam dan heal sebelum serang kembali musuh.

Kenderaan adalah penting: Ada beberapa sebab kenapa korang perlu guna kenderaan dengan sebaik mungkin dalam PUBG Mobile. Satu sebab utama adalah untuk mengelak dari bulatan yang mengejar (kalau korang di luar zon selamat). Kalau korang nampak musuh dari jauh, korang boleh tukar kepada tempat duduk penumpang dan cuba snipe mereka. Kereta dan trak adalah satu kelemahan juga untuk pemain lain. Ada peluang cerah untuk tembak mereka apabila mereka memecut jadi kereta itu boleh meletup. Ya, mereka akn ada peluang untuk menembak balik kalau korang tersasar – jadi, janganlah tersasar!

Artikel ini diterjemah daripada laman web Android Central. Versi asal boleh dibaca di SINI