PMNC: VIP Squad Yang Pertama Setakat Ini, 2 Chicken Dinner

By Hazril Md Nor | July 13, 2019

Walaupun ‘terciduk’ dalam kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia tempoh hari, nampaknya VIP Squad dah comeback stronger than ever, membuktikan mereka masih lagi perlu digeruni sebagai skuad jemputan ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2019 di Quill City Convention Centre, Kuala Lumpur hari ini.

VIP berjaya membolot keseluruhan 45 jumlah pembunuhan dan 121 mata setakat ini selesai saja perlawanan ketiga. Skuad ini dah pun meraih dua chicken dinner setakat ini! Di belakang mereka ialah finalis PMCO SEA Grand Finals juga iaitu AROV dan Team Secret masing-masing mengumpulkan 66 mata.

Unbeatable Gaming dan Extreme Squad yang layak menerusi kelayakan juga tidak jauh dari belakang dengan 49 dan 48 mata.

Dalam kejohanan mempertandingkan prize pool RM114,000 ini, ia menyaksikan 12 pasukan dari enam lokasi iaitu Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor akan berentap bersama 4 skuad direct invited

Paling menarik untuk kejohanan kali ini, empat yang teratas akan layak ke PMCO Fall Split, satu lagi liga Asia Tenggara yang sama seperti Spring Split berlangsung selama lima minggu di Shanghai, China.

Mengikut turutan, Yoodo Gank berjaya memperoleh kelayakan pertama ke PMCO SEA Grand Finals sekali gus mereka dijemput secara terus ke Fall Split tanpa perlu bertanding di PMNC sementara Secret, Junior Talent, VIP Squad dan AROV masing-masing dipilih kerana mereka bermain di Shanghai selama lima minggu itu.