Mobile Legends 2.0: Visual Dinaiktaraf, Kurang AFK Dan Lebih Laju Loading Time

By Hazril Md Nor | July 18, 2019

Sebelum ini kami melaporkan yang Mobile Legends: Bang Bang akan menerima penambahbaikan yang menyeluruh sempena kemaskini paling besar setakat ini iaitu Mobile Legends 2.0.

Hari ini di persidangan Moonton Epicon 2019 bertempat di Connexion Conference & Event Centre, Nexus, Kuala Lumpur, mereka mengumumkan versi terbaru bagi permainan ini:

Dikatakan dalam kemaskini ini membawakan lebih banyak pembaharuan seperti berikut:

  • Model karakter akan ditambah baik ke HD
  • Loading lebih pantas dan pembukaan klien (permainan) lebih laju berbanding dulu.
  • Lebih mesra pengguna dan beberapa ciri baru diperkenalkan
  • Antaramuka lebih jelas dan peta yang dinaiktaraf
  • FPS dipertingkatkan, AFK dan lag dikurangkan
  • Pelbagai hero dan skuad baru akan diperkenalkan

Selain itu, Moonton juga mengumumkan permainan sekuel terbaru – Mobile Legends: Adventure, sebuah permainan strategi RPG berkonsepkan kad akan dilancarkan pada 1 Ogos ini. Ia lebih kepada gamer yang gemar menggunakan Internet secara minimal dan permainan ini hanya menggunakan storan rendah.

Pemain boleh mengawal sehingga lima hero dalam perlawanan berposisi dan menggunakan strategi mereka sendiri untuk melawan musuh.

Korang boleh pra-daftar di sini:

Moonton juga berkata dunia Mobile Legends akan diperluaskan menerusi rancangan televisyen, filem, merchandising dan banyak lagi kandungan baru kepada peminat.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.