Limbo Percuma Di Epic Games Store, Lagi 2 Game Indie Hebat Percuma Menyusul Minggu Depan

By Intan Mawarni | July 19, 2019

Epic Games Store masih lagi meneruskan tradisi game percuma setiap minggu dan kali ini, tiba pula giliran Limbo.

Limbo adalah platformer teka-teki dibangunkan oleh Playdead yang dilancarkan pada tahun 2010. Game ini menjadi terkenal dengan latar belakang kelam dan suram yang mengisahkan seorang budak lelaki terjaga di tengah-tengah hutan ‘limbo‘ iaitu antara persimpangan kehidupan dan kematian. Pemain perlu selami ke dalam hutan ini dan selesaikan teka-teki.

Epic juga baru mengumumkan kelainan baru untuk game percuma pada minggu depan. Bermula pada 25 Julai sehingga 1 Ogos, This War of Mine dan Moonlighter bakal diberikan secara percuma. 

Sebab kenapa dua game indie ini percuma adalah This War of Mine adalah game ditujukan untuk audiens dewasa (M-rated title) dan ia mungkin disekat atas dasar sistem kawalan ibu bapa (Parental Control). Oleh itu, Moonlighter adalah game indie yang lebih ceria dan sesuai untuk pemain bawah umur.

This War of Mine adalah game strategi dibangunkan oleh 11 bit studios yang mana memfokuskan kepada kehidupan orang awam sedaya upaya untuk hidup semasa zaman peperangan manakala Moonlighter dibangunkan oleh Digital Sun adalah game aksi role-playing game (RPG) yang mengisahkan seorang pengurus kedai yang teringin menjadi seorang hero.

Korang boleh main Limbo secara percuma di PC sekarang sehingga 25 Julai melalui Epic Games Store.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.