Trailer Zombieland: Double Tap – Masih Kekalkan 4 Watak, Lebih Ekstrem!

By Hazril Md Nor | July 28, 2019

Masih ingat Zombieland? Filem dibintangi oleh Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin ini sangatlah kelakar dan tak kering gusi bila kita menontonnya di pawagam. Ia adalah filem bertemakan zombi tapi dengan konsep bersahaja dan penuh hiburan.

Selepas 10 tahun berlalu, akhirnya peminat dikejutkan dengan sekuelnya, Zombieland: Double Tap yang akan ditayangkan pada 18 Oktober ini!

Bagi memastikan sekuel ini lebih mantap, mereka mengekalkan keempat-empat watak ini dan memperkenalkan watak baru yang akan mencabar nilai persahabatan dan kekelurgaan mereka berempat. Korang boleh saksikan dalam trailer di bawah untuk pengenalan watak baru:

Dalam trailer di atas juga, Zombieland: Double Tap membawa empat sekawan ini ke White House yang menjadi tempat persembunyian mereka. Zombinya pula tak berapa diberi fokus mungkin kerana pengarah ingin mengejutkan peminat dengan kehadiran zombi baru? 

Apa-apa pun, sekuel ini pastinya akan menggegarkan pawagam berdekatan. Nantikan tayangannya.

Sumber: Youtube

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.