PlayStation 4 Adalah Konsol Paling Pantas Dijual, 100 Juta Unit Berjaya Dipasarkan

By Intan Mawarni | July 31, 2019

Konsol PlayStation 4 (PS4) mungkin sudah lama dikeluarkan tetapi masih lagi menyengat. 

Sony umum mereka telah memasarkan 100 juta unit PS4 sejak dari pelancaran pada 2013 sehingga Jun 2019. Buat masa sekarang, laporan kewangan Sony menunjukkan jumlah konsol yang terjual pula adalah sebanyak 91.6 juta unit sepanjang tahun 2018.

Meskipun ura-ura mengatakan PS5 akan dikeluarkan tidak lama lagi, PS4 masih lagi laku dan ia merupakan konsol paling pantas untuk mencapai sasaran 100 juta unit terjual berbanding jualan PS2 dan Nintendo Wii menurut penganalisis industri, Daniel Ahmad. 

Melihat kepada carta di atas, Nintendo Switch adalah konsol terbaru yang(garisan berwarna ungu) bergerak selari dengan jualan PS4 yang berusia 6 tahun ini tetapi masih lagi belum melepasi jualan Wii U lagi.

Buat pertama kali, Sony mendedahkan lebih ramai pemain memilih untuk beli game digital berbanding cakera fizikal. Laporan kewangan menunjukkan sebanyak 42.9 juta unit game dijual dan separuh daripada jualan itu datang daripada pembelian secara digital menjelang suku pertama tahun 2019.

Konsol terbaru Sony, PS5 mungkin dilancarkan pada tahun hadapan. Sony berkata PS5 menyokong grafik 8k, mempunyai storan SSD dan fungsi backwards compatibility iaitu boleh main game PS4 di PS5.

Siapa kata PS4 sudah basi? Adakah korang pemilik PS4 yang bangga? Kongsikan bersama kami!

Sumber: The Verge

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.