Tambah Nilai Kredit Permainan Dengan UniPin Di KK Mart Seluruh Negara

By Intan Mawarni | September 5, 2019

Urusan pembelian kredit permainan lebih mudah. Kini, kedai runcit beroperasi 24 jam KK Mart bekerjasama dengan UniPin untuk memudahkan pemain membeli tambah nilai kredit permainan.

UniPin merupakan syarikat menawarkan servis pembayaran kredit permainan terbesar di Indonesia. Melalui UniPin, pemain boleh beli kredit permainan mobile dan PC serta baucer permainan untuk Steam Wallet, PlayStation Network, Nintendo eShop, Xbox Live dan banyak lagi.

Ini membolehkan pelanggan untuk membeli tambah nilai permainan pilihan mereka di kaunter secara tunai tanpa perlu menggunakan kad debit atau kredit.

Sumber: hitechcentury

Kerjasama ini mengalu-alukan satu pertandingan tempatan e-sukan dipanggil sebagai UniPin KK SUPER MART Cup 2019 (UKK Cup) yang akan menawarkan pertandingan permainan Dota 2, Free Fire, PUBG Mobile dan Tekken 7. UKK Cup akan diadakan di KK Concept Store terpilih bermula dari September sehingga Oktober 2019.

Pemenang utama UKK Cup akan melayakkan diri secara automatik untuk bertanding dalam South East Asia Cyber Arena (SEACA) 2019 dianjurkan oleh UniPin bagi merebut hadiah terkumpul wang sebanyak RM600,000. SEACA 2019 akan diadakan pada 8 hingga 10 November 2019 di Balai Kartini, Jakarta Selatan.

Sempena pelancaran rasmi UniPin Malaysia dan KK Mart, pelanggan bakal menikmati 10% kredit tambahan semasa pembelian kredit UniPin bermula dari 7 hingga 21 September.

Untuk maklumat lanjut tentang UKK Cup, korang boleh ikuti Facebook KK Super Mart. Kalau korang tahu lebih tentang UniPin, korang boleh ikuti Facebook UniPin Malaysia.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.