Penting Ke Gamers Kena Jaga Kulit Wajah? Ini Sebab-Sebabnya

By Hazril Md Nor | September 6, 2019

Artikel ini ditaja oleh Garnier Men

Jerawat, entah dari mana datang tiba-tiba sampai habis muka penuh! Tapi korang perasan tak jerawat ni tumbuh sebab ada bakteria di kulit dan liang-liang pori pula tersumbat kerana banyak minyak. Kadang korang syok sangat main game sampai lupa cuci muka. 

Tak kiralah di mana pun kita berada sebenarnya, penjagaan wajah ini sebenarnya penting kerana ia membabitkan penampilan diri. Lebih-lebih lagi kalau kita dah main game secara profesional, mesti akan hadir banyak acara kan? Jom kita tengok situasi-situasi ini.

 

Bila masuk pertandingan..

Pergi ke lokasi tournament yang begitu ramai orang dan sesak, mesti korang nak kelihatan presentable dan wajah tampil segar kan? Sepanjang hari akan berada situ main konsol atau mobile, bagi sesetengah pemain game, penjagaan wajah dan penampilan itu sangatlah penting. Kalau korang pergi dengan ‘awek’, takkanlah nak nampak ‘selekeh’ je kan? 

Ini belum lagi kalau tournament tu dianjurkan outdoor, gabungan udara bebas dan radiasi sinar ultraviolet boleh menjejaskan kolagen kulit korang tau. Kulit tampak kusam dan wajah tidak bermaya!

 

Bila kena interview..

Tanyalah pemain game yang dah banyak kali naik podium tu, mesti dah biasa kena interview dengan wartawan kan? Perkara pertama sekali yang perlu dititikberatkan ialah penampilan, kalau pakai seluar pendek berselipar, boleh tapi mesti nampak tak manis bila ada dalam foto. Sebab itu kalau boleh etika pemakaian itu kenalah kemas dan nampak kita ni sentiasa yakin dengan diri sendiri.

Tapi bukan itu aje.. kalau muka banyak jerawat dan berminyak, mesti ada rasa segan nak tampil depan kamera betul tak? Bayangkan kalau korang garu dan usap muka depan kamera banyak kali, mesti rasa tak selesa. Hilang dah confidence dekat situ!

 

Bila selalu lepak mamak atau restoran

Kadang-kadang sedar tak sedar bila kita melepak tu, kawasan tu kurang bersih. Bila tengah sedap lepak minum pekena teh o ais tu, meja yang korang duduk tu ada waktu yang pelayan tak sapu bersih dengan betul jadi bakteria akan berkumpul lalu korang letakkan tangan atas meja selepas main Mobile Legends atau PUBG Mobile.

Sedar tak sedar kuman dah berkumpul di tangan dan korang garu pula muka dengan tangan tak bersih tu, akan membuatkan bakteria berpindah ke muka dan menyebabkan outbreak!

 

Eh masuk TV pula

Mesti korang tak sangka kan kalau dah main game boleh masuk TV? Kalau dulu yang main bola sepak, main sukan fizikal aje yang biasa tampil di kaca televisyen tapi sekarang zaman dah berubah! Kalau muka berminyak dan berjerawat, mesti ada rasa kurang yakin dan kurang selesa walaupun dah tempek makeup sekalipun. 

Bukan saja di televisyen tapi apa jenis temu ramah yang menggunakan format video memerlukan kita sentiasa tampil kemas dan penjagaan wajah pun satu kemestian. Baru lah dalam video tu boleh jawab semua soalan dengan yakin dan steady!

 

Muhd Firdaus Abdul Jamil (Rynn), 21 tahun 

 

Bagi pemain kompetitif Axis Esports, Firdaus atau Rynn memang selalu jaga penampilan dan kebersihan wajah.

“Macam bagi Daus, sebelum jadi gamer sampai sekarang ke, penampilan memang diutamakan sebab dari dulu jaga muka dan cuci dua kali sehari. Penampilan penting sebab kalau muka bersih bila jadi gamer lagi la ada banyak gambar keluar di laman sosial, macam photoshoot atau video ke, ramai orang tengok.

“Kalau muka berjerawat kurang bersih, ada netizen akan fikir kita ni pengotor. Saya akan selalu bawa sapu tangan kalau pergi lepak. Nak lap muka mesti pakai sapu tangan sebab macam-macam benda kita pegang,”

 

Haaa apa lagi, gunakanlah Garnier Men AcnoFight ni

Atasi masalah jerawat dan muka kusam dengan produk pencuci wajah ni! Garnier Men AcnoFight mempunyai empat bahan yang boleh bantu melawan jerawat:

  • Salicylic Acid – Ejen anti bakteria bantu mengawal minyak dan mengurangkan ketidaksempurnaan
  • Cryo Mentol – Mengurangkan sebum berlebihan dan mengetatkan pori
  • Herba Repair – Ekstrak blueberry dengan kandungan yang mengembalikan dan memulihkan
  • Lemon & Peppermint Extracts – Melawan jerawat dan kulit kusam

Boleh pakai hari-hari tau dan gunakannya dua kali sehari untuk dapatkan wajah lebih segar dan bermaya! Dapatkannya sekarang di outlet dan farmasi berdekatan rumah korang.

Dapatkan juga melalui dalam talian di lazada.com.my. Banyak pilihan produk pencuci muka Garnier korang boleh pilih!

*Lepasni korang confirm dah boleh jadi lebih yakin bila datang mana-mana pertandingan atau acara e-sukan outdoor!

Jangan lupa saksikan Mobile Legends Professional League musim keempat pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam di TV9!

Artikel berkaitan: MPL akan ditayangkan di TV9

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Foto diambil dari Facebook Mobile Legends: Bang Bang, Google, Youtube dan laman web rasmi MPL